PUBG Mobile
PMPL: Selepas 44 pusingan, akhirnya Yoodo Gank raih Chicken Dinner kedua, di Sanhok juga

PASUKAN yang sinonim dengan galaran “The One and Onleh” Yoodo Gank berjaya mendapatkan Chicken Dinner kedua dalam pusingan ke-48 Sanhok bagi Liga Profesional PUBG Malaysia Singapura (PMPL MYSG).
Pasukan nombor satu Asia Tenggara tersebut berjaya mengutip 11 mata bunuh bagi pusingan terakhir hari ini menentang pasukan-pasukan lawan di bulatan akhir berhampiran pergunungan Pai Nan.
Pasukan Yoodo Gank yang dibarisi Azmal Jasni (iNaoki), Izzrudin Hashim (Jumper), Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Azim Ikromi (Draxx) berjaya meratakan pemain-pemain Dingoz MZ, Kingsmen Gaming dan Evos VIP dalm bulatan-bulatan terakhir.

Ia sekaligus melonjakkan pasukan Yoodo Gank di tangga kedua bagi carta harian dengan 28 mata keseluruhan dengan 12 mata bunuh.

Saksikan pasukan Yoodo Gankbersama 23 pasukan lain di PMPL MY SG secara eksklusif melalui Facebook Gaming.
PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).
BERITA LANJUT MENYUSUL./