Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Emi akan Botak?

Published

on

Pengulas e-sukan Emi Mohamad difahamkan akan membotakkan kepalanya pada malam nanti.

Menurut sumber, keputusan Emi untuk membotakkan kepala adalah berikutan dia tewas dalam satu pertaruhan dengan rakan-rakan sekerjanya, Azrul Anwar ( J Hunter) dan Partibhan Petchayappen (OntheGo).

Foto: PUBG Mobile

Adakah benar Emi akan melakukan perkara tersebut, persoalan itu akan dijawab dalam siri bual bicara ekslusif PMPL Talkshow pada jam 8 malam nanti.

Rancangan itu dihoskan oleh J Hunter dan akan disertai beberapa tetamu undangan malam ini, termasuk Emi.

Selain itu, rancangan ini juga akan mengumumkan pasukan terbaik mingguan dan pemain Terminator (kutipan mata bunuh tertinggi) mingguan.

Para peminat PUBG Mobile turut membuat spekulasi bahawa tetamu undangan kedua merupakan jurulatih terbaharu Damansara Esport, Sean Tan (BadMan).

BadMan telah membantu pasukan Damansara Esports sepanjang minggu kedua Liga Profesional PUBG Mobile Malaysian Singapura (PMPL MYSG) sehingga melonjak dari tempat ke-19 hingga tempat kesembilan secara keseluruhan.

Saksikan PMPL Talkshow di Facebook rasmi PUBG Mobile jam 8 malam nanti.

Minggu ketiga PMPL MYSG akan bermula esok (2 September).

PMPL MYSG turut berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved