Connect with us

General

eFootball PES 2020: Pendaftaran sudah tutup ketika berhubung dengan IESF – ESM

Published

on

Timbalan Presiden ESM Afiq Fadhli Narawi berkata pihak mereka telah berusaha sehabis baik untuk menguruskan penghantaran perwakian itu namun tempoh proses persiapan tidak mengizinkan. - Foto fail

KUALA LUMPUR – Pesatuan Sukan Elektronik (ESM) telah berusaha untuk menghantar wakil e-sukan eFootball PES 2020 ke Kejohanan Dunia E-Sukan IESF ke-11 2019 di Seoul, Korea Selatan.

Timbalan Presiden ESM, Afiq Fadhli Narawi berkata pihaknya telah berhubung dengan wakil WEPES, Shaharil Shaifuddin Shaharuddin untuk membuat pemilihan ke kejohanan IESF itu.

Walaubagaimana pun, Afiq berkata, sewaktu berhubung dengan pihak IESF, pendaftaran pemain telah pun ditutup.

“Saya ada berhubung dengan WEPES untuk melakukan pemilihan pemain dan saya memang ada bangkitkan usul ini namun proses untuk melakukan pemilihan dan permohonan dana sangat terhad.

“Sewaktu kita berhubung dengan pihak IESF, pendaftaran telah pun ditutup.

“Ini berikutan komitmen kami untuk melakukan persiapan atlet ke Sukan SEA, bootcamp dan persediaan terakhir pelan strategik (blueprint) e-sukan,” kata Afiq ketika dihubungi What’s The Meta.

Afiq berkata pihak mereka telah berusaha sehabis baik untuk menguruskan penghantaran perwakian itu namun tempoh proses persiapan tidak mengizinkan.

“Ada yang akan bercakap kita ada hantar pemain ke Sukan Asia tahun lepas dan kita juga mampu hantar pemain ke IESF tapi kita telah beri tumpuan kepada Sukan SEA.

“Persiapan ke Sukan SEA memang memakan masa dan melibatkan ramai atlet,”tambahnya.

Sebelum ini pemain profesional eFootball PES 2020, Mohamad NorHaikal Mohamad Noh meluahkan kekecewaan meluahkan kekecewaan apabila tiada wakil Malaysia dihantar kejohanan itu.

“Membazir sahaja peluang untuk mempertengahkan bakat-bakat PES dari Malaysia,”katanya.

Selain eFootball PES 2020, Dota 2 dan Tekken 7 turut dipertandingkan dalam Kejohanan Dunia E-Sukan IESF ke-11 2019 di Seoul, Korea Selatan.

Kejohanan yang melibatkan 47 negara itu bermula pada 11 Disember sehingga 15 Disember.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved