General
#WTMRewind: 5 berita popular e-sukan pilihan pembaca WTM

PROFESOR Kewartawanan, Media dan Komunikasi Queensland Universiti of Technology, Australia, Brian McNair pernah menghuraikan dalam bukunya mengenai peranan media dalam masyarakat demokratik yang ideal.
Beliau berkata fungsi-fungsi media adalah:
- Memberi informasi
- Mendidik
- Menyediakan platform
- Memberi publisiti
- Memberi pendekatan mengenai satu-satu isu
Menerusi penghuraian ini seiring dengan penubuhan portal e-sukan What’s The Meta Today (WTM Today) bagi merancakkan lagi ekosistem industri ini di Malaysia dalam melaporkan berita-berita yang berkaitan.
Dengan 1,142,000 paparan bacaan menerusi lebih 400 artikel, di sini kami menyedikan 5 berita popular pilihan pembaca WTM Today sepanjang tahun 2019:
5. Streaming amal Daddyhood Shopee Bosskurr raih RM12,000 dalam masa 2 jam
Ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam industri e-sukan tanah air ketika ini apabila organisasi Team Bosskurr mempunyai aura yang tersendiri sehingga meraih populariti dalam kalangan komuniti.
Antara sebab mereka menjadi pilihan utama komuniti e-sukan mudah alih tanah air adalah kerana sifat rendah diri mereka dan konsisten dalam menghiburkan peminat.
Team Bosskurr juga dilihat menggunakan populariti yang ada itu ke arah kebaikan dan turut mengajak peminat untuk menyertai bersama-sama dalam melakukan kerja amal menerusi penstriman.
Hasilnya? Menakjubkan. Pada 1 November lalu, kira-kira RM12,000 berjaya dikutip dalam masa hanya dua jam, menerusi satu penstriman langsung amal pengurus pasukan Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddyhood).
4. “Ini tidak sepatutnya berlaku” – Syed Saddiq
Hasrat pemain kompetitif bagi pasukan kompetitif PUBG Mobile AROV Esports (AROV), Muhammad Aiman Hafizi Ahmad, untuk ke Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split (PMCO) 2019 tidak tercapai berikutan beberapa masalah dokumen yang dihadapinya.
Ia turut mendapat perhatian Menteri Sukan Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
“Ini tidak sepatutnya berlaku,” kata Syed Saddiq.
Jadi apa situasi sekarang? Kes Muhammad Aiman Hafizi masih belum lagi selesai dan masih menunggu keputusan laporan terkini daripada pihak berkaitan.
Mungkin jika ada berita baharu, Syed Saddiq akan melakukan ‘Facetime video call‘ kepada komuniti e-sukan.
3. Temasya Sukan SEA
Temasya Sukan SEA 2019 adalah satu perkara yang dinantikan kalangan komuniti apabila acara-acara e-sukan diperkenalkan buat pertama kalinya dalam kejohanan berprestij ini.
Umum mengetahui sebanyak enam kategori e-sukan dipertandingkan dalam Temasya Sukan SEA 2019, Manila Filipina iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2, Arena of Valor, Starcraft II, Tekken 7 dan Hearthstone.
Meski Malaysia tersasar dari sasaran pingat, namun pemain Hearthstone negara Weng Kean Yew (Wkyew) berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan Team Bosskurr berjaya meraih pingat gangsa menerusi Mobile Legends.
2. Streaming amal Bosskurr raih kutipan RM35.9k, 861.4k Facebook stars
Mungkin dalam kalangan kita rasa komuniti e-sukan penuh dengan toxic yang berani memberi kata-kata kasar dan kritikan kurang bernas di ruang komen media sosial, namun tanpa kita menyedari sebenarnya lebih ramai yang melakukan kebaikan secara diam.
Terutama menerusi penstriman amal Bosskurr. Kali ini lebih rancak, apabila lebih ramai yang menyertainya dalam memberi dana termasuk Pengasas Air Asia Esports, Allan Phang, penghibur penstriman langsung, Aiman Ahmad Bexed dan pemain Todak, Ciku.
1. PUBG: Caprice mahu Fredo
“Seseorang tolong beritahu Fredo yang saya sedang mencarinya dan saya ada tawaran yang dia tidak boleh tolak.”
Itu kata Caprice apabila dia mahu menubuhkan skuad PUBG pada Jun lalu. Berikutan pengumuman Caprice itu ramai kalangan peminat e-sukan mencadangkan nama Fredo untuk menjadi sebahagian dari skuadnya.
Apa situasi sekarang? Nampaknya tawaran Caprice mungkin tidak diterima apabila Fredo kini masih setia bersama Team Bosskurr dan bermain secara kompetitif bersama Yoodo Gank.
Mereka baru-baru ini meraih tempat ke-7 dalam satu kejohanan dunia Peacekeeper Elite Championship di Xi’an, China dan membawa pulang kira-kira RM48,000.
BANG!BANG! Caprice, apa langkah anda yang seterusnya?
Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan terima kasih kerana membaca berita-berita e-sukan di WTM Today.
Terima kasih kerana terus pecaya kepada #IniEsukanKita.
d x gaming
31st December 2019 at 12:33 PM
taniah kak mariah…semoga lebih maju di tahun 2020..dan di harapkan esport malaysia terus kehadapan..
Mariah Ahmad mariah@wtmtoday.com
31st December 2019 at 12:35 PM
Terima kasih atas sokongan. Semoga dipermudahkan urusan ????????