Connect with us

General

eFootball PES 2020: Haikal mara ke semi final AESF e-Master kelayakan Asia Tenggara

Published

on

Foto: Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM)

PEMAIN profesional e-sukan eFootball PES 2020 Mohamad NorHaikal Mohamad Noh (Haikal) layak ke semi final kejohanan AESF e-Master Chengdu 2020 peringkat kelayakan Asia Tenggara di Bangkok, Thailand seketika tadi.

Menurut Pesatuan Sukan Elektronik (ESM), Haikal layak ke pusingan semi final itu selepas meraih kedudukan dua teratas pada pusingan peringkat kumpulan B.

Di peringkat kumpulan B, berikut adalah keputusan perlawanan:

  • Malaysia 2 – Myanmar 0
  • Malaysia 0 – Indonesia 2
  • Malaysia 2 – Kemboja 1

Pada semi final nanti Haikal akan bertembung dengan Vietnam dan pemenang pusingan ini akan ke Grand Final yang akan berlangsung di Chengdu, China.

Haikal bukan satu nama asing dalam arena kompetitif e-sukan PES 2020 dan namanya terus meningkat naik apabila terpilih untuk menjadi salah satu duo e-sukan negara ke Sukan Asia pada 2018.

Dalam temasya sukan antarabangsa yang berprestij itu, Haikal berjaya memperoleh tempat ke-empat.

Selepas selesai kejohanan tersebut, mereka dipelawa untuk menyertai Port FC, iaitu sebuah kelab e-sukan di Thailand.

Haikal turut berpeluang menyertai kejohanan E-Liga Toyota di Thailand yang sebelum ini dikenali sebagai E-Liga Pro Thailand pada tahun lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved