Connect with us

General

#SGC2019: Sorakan saya normal bagi mereka yang arif dalam FIFA, tapi saya minta maaf bagi mereka yang tidak biasa- AmTuah

Published

on

AMTUAH: Setelah melihat kembali video jeritan sorakan saya, bagi yang arif dalam industri antarabangsa FIFA mungkin menyifatkan itu perkara biasa. - Foto fail

PEMAIN profesional FIFA, Amirul Afandi (AmTuah) memohon maaf bagi mana-mana pihak yang menyifatkan tidakannya untuk berteriak dalam satu perlawanan dalam kejohan Selangor Cyber Games (#SGC2019) semalam agak keterlaluan.

AmTuah berkata teriakan sorakannya itu adalah satu perkara biasa bagi mereka yang berada dalam arena e-sukan FIFA tempatan dan antarabangsa.

“Setelah melihat kembali video jeritan sorakan saya, bagi yang arif dalam industri antarabangsa FIFA mungkin menyifatkan itu perkara biasa.

“Tetapi bagi sesetangah pihak, mungkin tidak. Bagi mereka yang menyifatkan saya agak keterlaluan, saya telah mohon maaf kepada pihak lawan saya sebelum saya beredar dari tempat perlawanan.

“Kepada mereka yang mengatakan saya tidak menghormati pihak lawan, saya mohon maaf,” kata AmTuah.

AmTuah berkata demikian bagi mengulas satu video tular yang memaparkan dia sedang melakukan sorakan teriakan selepas menang dalam satu perlawanan dalam kejohanan yang berlangsung di i-City Shah Alam.

AmTuah ketika itu berdepan dengan pemain yang menggunakan nama Mateus dalam pusingan itu.

Jelas AmTuah, dia juga telah memohon kepada pihak lawan selepas tamat pusingan kedudukan 64 teratas dalam kejohanan #SGC2019 yang berlangsung di Central i-City Mall, Shah Alam, Selangor pada hujung minggu lalu.

BACA: Selangor Cyber Games 2019: Senarai penuh pemenang

Jeritan dan sorakan AmTuah itu juga dirakam dalam bentuk video, dan dimuat naik pengguna media sosial di Twitter dan Facebook.

AmTuah sebelum ini pernah menduduki Top 32 Grand Final ESWC 2015 dan top 8 PS4 Virtual Bundesliga, Dortmund 2018.

AmTuah juga pernah menjuarai 28 Kejohanan tempatan termasuk Malaysia Cyber Games 2016.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved