Connect with us

General

Selangor Cyber Games: Meski baru jalani pembedahan, Luqman berjaya rangkul naib juara FIFA 20

Published

on

Luqman (dua dari kini) berkata dia tetap bersyukur kerana tetap mampu berada di pentas Grand Final pada tahun ini. - Foto Facebook / Luqman Haziq

PEMAIN kompetitif FIFA 20 tanah air, Luqman Haziq berjaya meraih kedudukan naib juara dalam Kejohanan Selangor Cyber Games (#SGC2019) walaupun baharu sahaja menjalani pembedahan mata.

Luqman berkata dia tetap bersyukur dengan prestasinya dalam kejohanan itu kerana dia tetap mampu beraksi berada di pentas Grand Final pada tahun ini.

“Saya baru menjalani pembedahan mata. Memang boleh nampak tapi tidak jelas sangat.

“Meraih kedudukan tempat kedua dalam #SGC2019 ini memang saya bersyukur. Saya berada dalam keadaan yang tidak berapa sihat kerana baru menjalani pembedahan.

“Terima kasih bagi mereka yang masih menyokong saya. Seharapnya saya akan berada dalam keadaan yang lebih baik pada final ePiala Malaysia nanti,” kata Luqman ketika dihubungi What’s The Meta.

Pada Grand Final FIFA 20 #SGC2019, Luqman tewas kepada Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale).

Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM7,500 menerusi kemenangan diraih pada tempat kedua dalam kejohanan itu.

Luqman ketika ini sedang bersaing dalam ePiala Malaysia 2019 dan mewakili Terengganu FC.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved