General
Shroud tinggalkan Twitch, kini bersama Mixer

IKON legenda e-sukan, Michael Grzesiek (Shroud) sah sertai platform penstriman langsung milik Microsoft, Mixer.
Shroud yang juga merupakan bekas pemain profesional CSGO mengumumkan penghijarahnya itu pada Jumaat lalu, menerusi satu ciapan di akaun rasminya.
Dalam ciapan tersebut turut dimuat naik satu video yang berdurasi selama 50 saat.
Video tersebut telah mendapat kira-kira 7.4 juta jumlah tontonan, 31.7 ribu RT dan 195.7 ribu likes.
Sebelum ini penghibur penstriman langsung terkenal, Tyler Blevins Ninja turut umum kini bersama Mixer pada Ogos lalu.