Connect with us

General

Tiada bincang mengenai kontrak, atau beri geran – Syed Saddiq

Published

on

MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan tiada perbincangan mengenai kontrak dilakukan dalam satu pertemuan bersama pihak Cleo International Sdn Bhd baru-baru ini.

Beliau berkata pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga tidak memberi sebarang geran berkaitan dalam pertemuan itu.

“Saya sudah katakan sebelum ini dan saya akan ulanginya sekali lagi.

“Tiada isu kontrak dibincangkan dan tiada pemberian geran dilakukan. Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) mesti dipatuhi. Integriti adalah kuncinya!

“Kami tidak memilih mana-mana pihak sebagai rakan strategi seperti yang didakwa.

“Ia merupakan satu pertemuan berkumpulan bersama Orange Esports,” kata Syed Saddiq dalam satu ciapan.

Syed Saddiq berkata demikan sebagai reaksi kepada satu ciapan pengguna Twitter @zurairi yang memetik kenyatan Angkata Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan bersama satu pautan.

Dalam kenyataan itu, Timbalan Setiausaha AMK Wilayah Persekutuan, Juliyus Allen berkata KBS patut lebih prihatin dalam memilih rakan kongsi untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif kerajaan.

Jelasnya, ia kerana hal berkaitan membabitkan hasil titik peluh wang cukai  jutaan rakyat Malaysia.

Sebelum ini Syed Saddiq turut menafikan pertemuan bersama pihak Cleo International Sdn Bhd adalah berkaitan pusat kecantikan.

Beliau berkata pertemuan tersebut hanya membincangkan mengenai e-sukan.

Sementara itu Orange Esports berkata pertemuan organisasi itu bersama pihak Cleo International Sdn Bhd itu adalah untuk memperkenalkan inisiatif belia kepada pihak kementerian.

Orange Esports juga menyatakan Cleo International Sdn Bhd bukan pemegang saham dalam Orange Esport atau EBN (Esports Business Network).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved