Connect with us

General

Wanita itu datang bersama Orange Esports – Syed Saddiq

Published

on

Foto Instagram / @cleopatra_x3

“Kami bercakap mengenai e-sukan.” 

Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menafikan kehadiran seorang wanita dalam satu pertemuan semalam adalah berkaitan pusat kecantikan.

“Ini adalah satu pembohongan terang-terangan. 

“Dia datang bersama satu kumpulan untuk menghadiri satu pertemuan.

“Dia datang bersama Orange Esports, salah satu kumpulan e-sukan terbesar. Kami bercakap mengenai e-sukan, tiada kaitan dengan pusat kecantikan,” katanya dalam satu ciapan balas.

Syed Saddiq berkata demikian apabila menjawab dakwaan satu pengguna Twitter @rahah_ghazali yang mempersoalkan kenapa Syed Saddiq bersetuju untuk mengadakan pertemuan apabila sebutan harga wanita tersebut untuk menubuhkan pusat kecantikan bernilai RM50 juta.

“Kebanyakan kami bernasib baik apabila cadangan kami dibawa kehadapan,” kata Rahah Ghazali.

Dalam satu ciapan berasingan, Syed Saddiq berkata dalam dunia politik, gosip dan fitnah memang berpisah tiada.

Beliau juga menggesa agar isu rakyat diberi perhatian berbanding perkara berkaitan gosip dan fitnah.

Sementara itu Orange Esports berkata pertemuan organisasi itu bersama wanita yang dikenali sebagai Cleopatra itu adalah untuk memperkenalkan inisiatif belia kepada pihak kementerian.

“Pertemuan tersebut adalah hanya membincangkan rancangan dan perlaksanaan e-sukan.

“Kami sebelum ini dihubungi Cleo International Sdn Bhd untuk menjadi rakan kongsi dalam satu projek yang turut melibatkan e-sukan sebagai salah satu pembangunan belia.

“Cleo International Sdn Bhd dan Cleopatra bukan pemegang saham dalam Orange Esport atau EBN (Esports Business Network),” katanya.

Menurut Orange Esports lagi, EBN merangkumi The Gaming Company, Orange Internet Shop, Orange Esports, Prime Live dan Borneo Gaming Company.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved