Connect with us

General

#BulanSukanNegara: Jangan biar orang ramai tunggu VIP lama-lama – Steven Sim

Published

on

STEVEN: Malaysia Baharu, jangan biar orang ramai tunggu tetamu kenamaan (VIP) lama-lama. - Foto Facebook / Steven Sim

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong memohon agar pihak penganjur termasuk agensi di bawah kementerian untuk mengadakan satu post-mortem berhubung kejohanan Grand Final Bulan Sukan Negara FIFA 19 yang diadakan hari ini.

Beliau berkata post-mortem itu perlu dilakukan bagi memperbetulkan keadaan yang berkaitan dengan kejohanan itu.

“Bagi acara ini, saya dimaklumkan untuk tiba 10 pagi. Mohon buat post-mortem, perbetulkan keadaan.

“Malaysia Baharu, jangan biar orang ramai tunggu tetamu kenamaan (VIP) lama-lama,” katanya dalam satu ciapan balas kepada What’s The Meta pada hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada satu keluhan kekecewaan pemain profesional e-sukan Nur Amirul Afandi (AmTuah) yang mendakwa peserta kejohanan itu untuk terpaksa menunggu kira-kira 3 jam sebelum perlawanan bermula.

“Acara menjadi semakin tertangguh berikutan upacara perasmian pun tertangguh kerana menunggu VIP untuk hadir.

“Jadi sepatutnya jadual perlawanan bermula pada jam 10 pagi untuk peringkat kumpulan namun 11.30 pagi baru bermula,” kata AmTuah.

Menurutnya lagi pemain-pemain kejohanan itu diminta untuk tiba di Dewan Sri Putra Bukit Jalil sebelum jam 8 pagi bagi menghadiri upacara perasmian.

Namun AmTuah berkata pintu masuk ke dewan tersebut masih lagi tertutup pada ketika itu.

Grand Final FIFA 19 dan PES 19 merupakan satu kejohanan sempena Bulan Sukan Negara yang menyaksikan jaguh-jaguh e-sukan dari setiap negeri bertempur untuk merebut gelaran juara kebangsaan.

Kejohanan itu dianjurkan Axis Esports dan mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved