Connect with us

General

“Buat yang terbaik, pemain e-sukan Sarawak!” – Afiq SESA

Published

on

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) Afiq Fadhli Narawi mengharapkan atlet-atlet e-sukan negeri itu untuk memberikan yang terbaik dalam Kejohanan Esports Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata altet-atlet Sarawak seharusnya menggunakan peluang untuk bermain di kejohanan ini dengan sebaiknya.

“Saya harap semua pemain akan mengambil peluang pendedahan ini sehabis baik untuk menimba pengalaman serta meningkatkan prestasi permainan masing-masing.

“Ini kerana penghujung tahun ini e-sukan juga akan dipertandingkan di Sukan Sarawak (SUKSAR2019) di Miri dan yang terbaik akan dipilih untuk mewakili Sarawak ke Sukan Malaysia (SUKMA2020) pada Julai tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi What’s The Meta.

Afiq berkata pihaknya bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menghantar 6 atlet e-sukan untuk menyertai acara FIFA2019 dan PES2019 bagi kejohanan itu.

Mereka adalah Aidil Afiz Azri, Hazwan Faiq Hailwan, Ammar Adi Yusoff Zulkifli, Mohd Ehsan Wahab, Alif Zulhaikal Ashamadi dan Azeemaizan Othman.

Keenam-enam atlet ini merupakan 3 pemain terbaik bagi acara FIFA2019 dan PES2019 dalam Kejohanan Esports Peringkat Negeri Sarawak 2019 yang telah dilaksanakan pada bulan April yang lepas di Cityone Megamall.

Sementara itu, kejohanan Esports Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung bersempena dengan Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2019 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu diadakan sejak semalam dan akan berakhir esok.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved