Connect with us

General

#BelanjawanAnakMuda2020: Selain RM20 juta untuk e-sukan ini 6 berita baik untuk golongan belia

Published

on

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM20 juta akan diperuntukan dalam Belanjawan 2020 bagi industri e-sukan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ia merupakan peningkatan 100 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM10 juta yang sebelum ini dibahagikan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebanyak RM 5 juta dan KBS sebanyak RM5 juta.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau berasa gembira dengan belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen pada petang tadi.

“Saya rasa sangat gembira dengan belanjawan yang dibentangkan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Geng.

“Kami telah lama berunding dan ini adalah satu kejayaan yang besar,” kata Syed Saddiq menerusi satu ciapan video di Twitter rasminya selepas selesai pembentangan Belanjawan 2020.

Selain peruntukan RM20 juta itu, berikut adalah 6 berita baik golongan belia mengenai Belanjawan 2020:

GraduanKerja

  • Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 sebulan
  • Majikan: Insentif pengambilan kerja sebanyak RM300 sebulan
  • RM6.5 bilion akan diperuntukan dalam Belanjawan 2020 untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan bagi belia.

Pemerkasaan TVET

  • RM50 juta menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
  • Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional.
  • Dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri
  • Meningkatkan penglibatan persatuan/industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKA

Perumahan Belia

  • Pelanjutan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021
  • Jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus oleh Cagamas untuk membolehkan pembiayaan penuh dan bantuan ansruan bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk 2 tahun pertama terhad kepada 10 ribu unit rumah

Pembangunan Belia

  • RM138 juta diperuntukan untuk persatuan belia, nisiatif program kesukarelawan, sekolah pimpinana masa hadapan negara (MFLS)
  • RM20 juta untuk inisiatif Reben Kuning iaitu integrasi semula bekas banduan

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)

  • Peningkatan peruntukan 200% berbanding tahun lalu iaitu dari RM15 juta kepada RM45 juta bagi merancakkan lagi Program Pembangunan Akar Umbi Bola Sepak Negara.

Pembangunan Sukan dan Sukan Prestasi Tinggi

  • RM179 juta untuk persediaan atlet bagi kejohanan antarabangsa seperti Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Hanoi 2021.
  • RM299 juta untuk baik pulih dan naik taraf fasiliti sukan termasuklah kompleks Belia dan Sukan serta kompleks Sukan Komunitii di seluruh negara.
  • RM10 juta untuk pemerkasaan wanita dalam sukan.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved