Connect with us

General

PMPL RECAP Hari Ke-5: Yoodo Gank raih 2 Chicken Dinner dalam sehari, mahu fokus positif

Published

on

Draxx (kanan) bersama ahli pasukannya Yoodo Gank ketika memenangi Chicken Dinner semalam - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – “Kalau main serius sangat nanti kami cepat kecewa.”

Itu kata Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) selepas pasukannya Yoodo Gank meraih dua Chicken Dinner berturut-turut dalam Liga Profesional PUBG Mobile Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) pada semalam.

Draxx berkata pada dua perlawanan pertama PMPL MY/SG semalam, dia mengakui pasukannya sedikit kecewa kerana kalah terlalu awal.

“Pada hari Jumaat, kami lihat Team Secret mengutip banyak mata, jadi masa main (dalam dua perlawanan) pertama kami fokus untuk mengejar mata.

“Sebenarnya kami perlu terus kekal tenang dan bermain dengan positif. Kalau main serius sangat nanti kami cepat kecewa.

“Apabila perlawanan ketiga, ahli pasukan kami Man Parang dan Fredo pula sudah mati dan pulang ke lobi dan tekanan datang dari pelbagai arah. Ketika itu kami cuba untuk fokus,” kata Draxx kepada hos, Nik Harris selepas tamat pusingan ketiga hari kelima PMPL MY/SG yang berlangsung di IO Esports Arena, di sini,  pada semalam.

RANKING TERKINI PMPL MY/SG setakat 7 MAC, 2020

Yoodo Gank berjaya mengutip dua Chicken Dinner berturut-turut pada semalam di peta Erangel dan Sanhok.

Mereka meraih 76 mata pada semalam dan menjadikan 264 mata secara keseluruhan.

“Kami perlu fokus untuk seronok bermain,” kata Draxx.

Draxx dan Yoodo Gank akan bermain lagi pada hari ini yang melibatkan pasukan kumpulan A dan C.

Kumpulan A terdiri daripada Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate dan NED Brotherhood.

Manakala kumpulan C, Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming dan XPERT MY Esport.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Tonton kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura di Facebook PUBG Mobile yang berlangsung setiap hari kecuali Isnin bermula 3 Mac sehingga 22 Mac, pada jam 3 petang.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved