Connect with us

General

PMPL: Dari 1 kill ke 23 kills, NED Brotherhood kutip Chicken Dinner keempat

Published

on

NED Brotherhood juga berjaya mengutip 4 Chicken Dinner setakat ini. - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air NED Brotherhood menujukkan prestasi yang baik pada pusingan kedua Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) seketika tadi.

NED Brotherhood berjaya mendapatkan 23 mata bunuh (kills) pada pusingan yang berlangsung di Erangel dan seterusnya mendapatkan Chicken Dinner yang pertama pada hari ini.

Pada bulatan terakhir tadi melibatkan tiga pasukan iaitu NED Brotherhood (4 pemain), EVOS VIP (3 pemain) dan Xpert MY (1 pemain).

Namun tindakan agresif NED Brotherhood menyebabkan pertembungan 4 melawan 1 menentang EVOS VIP, yang pada ketika itu hanya tinggal Yakuza.

Kelebihan memihak kepada NED Brotherhood yang terus mengasak dan mengepung Yakuza pada bulatan akhir Erangel.

“Erangel memang peta kegemaran kami. Kami akan mengenal pasti lokasi yang mempunyai senjata untuk kelengkapan kami.

“Kami juga menjangkakan lokasi bulatan terakhir dan memastikan komposisi kami kukuh dan tidak dikacau. Pada masa yang sama, kami menyerang untuk mara bagi mencari posisi yang baru,” kata pemain NED Brotherhood Eypul.

TONTON LIVE PMPL MALAYSIA DAN SINGAPURA

Dia berkata demikian ketika ditemubual hos, Nik Harris selepas tamat pusingan kedua PMPL MY/SG yang berlangsung di IO Arena Esports, di sini, hari ini.

Berikutan kemenangan itu, NED Brotherhood berada di ranking nombor 1 pada hari ini memotong TARA Proyecto X dengan markah 47 mata.

NED Brotherhood juga berjaya mengutip 4 Chicken Dinner setakat ini.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Tonton kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura di Facebook PUBG Mobile yang berlangsung setiap hari kecuali Isnin bermula 3 Mac sehingga 22 Mac, pada jam 3 petang.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved