Connect with us

General

COVID19: MPL MY/SG Musim Kelima sah ditunda

Published

on

Menurut eGG Network, tindakan penangguhan itu adalah berikutan situasi terkini wabak COVID-19 di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Selepas pengumuman Liga PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) ditangguhkan, kini Liga Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) pula sah ditangguhkan sehingga satu masa yang ditetapkan.

Menurut eGG Network, tindakan penangguhan itu adalah berikutan situasi terkini wabak COVID-19 di Malaysia.

“Ia juga termasuk Perintah Kawalan Pergerakan.

“Keselamatan dan kesihatan pemain, peminat dan pekerja merupakan keutamaan kami.

“Kami berharap pemain-pemain dan peminat-peminat dapat menjaga diri dalam tempoh dan sebarang kemas kini akan di lakukan di Facebook Mobile Legends,” katanya dalam satu kenyataan bersama Moonton pada hari ini.

MPL MY/SG Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini berlangsung sejak 29 Februari lalu.

Liga yang menawarkan hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM410,000 itu disertai 10 pasukan, iaitu: 

  • EVOS SG
  • TODAK
  • Geek Fam
  • Team Bosskurr
  • Boss Axis (Axis Esports) 
  • Team SMG
  • Makan Cendul
  • Siren Esports
  • Resurgence 
  • Boss NV 

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengenasi situasi semasa COVID-19 mengumumkan satu Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara.

Beliau berkata perintah itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sementara itu dalam satu sidang media Kementerian Kesihatan pada petang Selasa, Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba mengesahkan dua rakyat Malaysia dilaporkan meninggal dunia kerana wabak COVID-19 itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved