Connect with us

General

Gambar diguna sebagai poster judi, Fiera Fendi buat laporan polis

Published

on

Fiera Fendi (gambar) menafikan dengan sekeras-kerasnya yang dia terlibat dengan iklan penjudian dalam talian itu. - Foto Facebook / Fiera Fendi

KUALA LUMPUR – Pengacara e-sukan popular tanah air Fiera Fendi membuat laporan polis terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyahlahgunakan gambarnya untuk tujuan mempromosikan penjudian dalam talian.

Fiera berkata laporan itu dibuat bagi mengelakkan peminat dan komuniti tertipu dengan gambar tersebut.

“Saya tidak terlibat dalam aktiviti mempromosikan penjudian dalam talian seperti yang disebarkan menerusi satu gambar poster.

“Mereka menggunakan gambar saya tanpa izin untuk tujuan pengiklanan penjudian dalam talian dan di media sosial,” kata Fiera dalam satu kenyataan hari ini.

Pada semalam, Fiera berkata dia menerima satu pesanan ringkas dari salah seorang pengikut Instagram mengenai poster iklan itu yang memaparkan gambar miliknya.

Lantaran itu, dia terus membuat laporan polis pada pagi tadi bagi melindungi keselamatan dirinya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya yang saya terlibat dengan iklan itu.

“Tujuan saya membuat laporan polis adalah kerana melindungi diri dan bimbang dengan keselamatan diri pada kemudian hari,” kata Fiera.

Selain bergelar seorang hos, Fiera Fendi juga merupakan duta kepada organisasi e-sukan popular tanah air Team Bosskurr.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved