Connect with us

General

Hina polis, tentera boleh didenda sehingga RM50,000 – Peguam

Published

on

Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) menyebut kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu di negara ini yang didapati bersalah menghina institusi polis atau tentera di media sosial atau laman sesawang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000.

Peguam jenayah Mohd Irwan Sumadi berkata individu yang didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 1 tahun, atau kedua-duanya sekali (denda maksimum RM50,000).

“Kesalahan yang dilakukan sama ada menerusi posting di media sosial, laman sesawang atau apa-apa yang berkaitan boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).

“Jagalah mulut, jagalah jejari. Jangan kerana mulut dan jari, badan binasa.

“Hormatilah semua, terutama Anggota Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang menjaga keamanan negara kita,” katanya dihubungi What’s The Meta Today pada Rabu.

Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) menyebut kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

Dalam kurungan 1 (a), seksyen itu menjelaskan seseorang yang dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar –

(i)  membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan 
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain;

Baca lanjut mengenai Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588)

Mohd Irwan merupakan seorang peguam jenayah di sebuah firma di Kuala Lumpur dan pernah mengendalikan kes jenayah seperti bunuh, dadah, culik serta kolar putih.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved