Connect with us

General

Galaxy Racer intai market esports Malaysia

Published

on

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan yang berpangkalan di Dubai, Galaxy Racer Esports menunjukkan minat dalam pasaran e-sukan Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasaran Galaxy Racer Esports, Allan Phang, berkata Malaysia mempunyai potensi berkembang sebagai satu platform e-sukan.

“Ya, Galaxy Racer Esports memang minat dengan e-sukan Malaysia, tapi kami masih explore (meninjau),” kata Allan secara ringkas kepada WTM Today.

Galaxy Racer Esports yang ditubuhkan pada 2019 merupakan organisasi e-sukan yang sedang berkembang pesat sekarang terutama di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Selain Allan Phang yang mengetuai bahagian pemasaran, organisasi e-sukan itu juga telah merekrut veteran Disney Oriental DreamWorks, Guenther Hake untuk memberi tumpuan kepada kerjasama penjenamaan, barangan eksklusif dan produk pengguna.

Setakat ini, Galaxy Racer Esports mempunyai lebih 10 pasukan e-sukan profesional dari 20 negara berbeza di bawah naungannya, termasuk pasukan Valorant wanita di Filipina. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved