Connect with us

General

Mandat, agenda Esukan negara diteruskan – ESI

Published

on

“Kita buktikan kepada negara, esports is here to stay (e-sukan terus kekal berada di sini).”

Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI), Ahmed Faris Amir dalam satu Majlis Penutup Grand Final Liga E-sukan Malaysia 2021 (MEL21) pada Rabu lalu.

Jelasnya, meski penganjuran MEL21 berdepan dengan kekangan berikutan pandemik Covid-19, namun ia tidak mematahkan semangat pihaknya untuk meneruskan mandat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkasakan arena esukan tanah air.

Mandat itu dikenali sebagai Pelan Rangka Tindakan Esukan Kebangsaan KBS, yang telah diperkenalkan kira-kira tiga tahun lalu yang telah diserapkan ke dalam roadmap ESI semasa pelancaran Oktober 2020.

Ahmed Faris juga berkata MEL akan diteruskan untuk edisi yang akan datang bagi membuka lagi peluang kepada pemain amatur dan semi profesional.

“Kita lihat banyak kejohanan esukan diadakan untuk pemain profesional, tapi kurang untuk pemain akar umbi.

“Jadi kita adakan MEL sebagai pentas untuk golongan akar umbi beraksi,”tambahnya.

Jelasnya, pihaknya juga akan mempertimbangkan beberapa kategori esukan baru seperti Free Fire dan Valorant untuk penganjuran MEL yang seterusnya.

Sementara itu, Ahmed Faris juga berkata rancangan ESI tidak terhenti setakat MEL sahaja pada tahun ini.

Beliau berkata dia mahu arena esukan tanah air bersifat lebih inklusif dan bukan sekadar main game.

“Nanti kami akan mengadakan acara bersama Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) supaya esukan kita lebih inklusif, melibatkan semua orang.

“Kami juga mahu memastikan pemain e-sukan bukan hanya bermain game, tapi tetap juga keluar untuk berpeluh. 

“ESI akan menganjurkan acara ‘Nak Muay’ iaitu acara aktivi fizikal melibatkan seni mempertahankan diri Muay Thai,”tambah Med.

Ahmed Faris juga berkongsikan bahawa sepatutnya satu Hab ESukan akan dilancarkan pada tahun ini tapi ditangguhkan atas faktor situasi pandemik Covid-19.

ESI adalah sebuah inisiatif dari Impact Integrated untuk memangkin sebuah ekosistem esukan yang rancak, mapan, dan inklusif di Malaysia.

Matlamat ESI adalah untuk membina struktur dan program-program untuk memangkin pembangunan ekosistem yang rancak, mapan dan inklusif yang mampu merangsang pertumbuhan, memastikan perlindungan, dan meluaskan kepelbagaian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved