Connect with us

General

MEL21: Siapa paling power dalam Nationals?

Published

on

Foto: ESI

KUALA LUMPUR – Sejumlah 288 pemain dari 64 pasukan e-sukan telah dipilih sebagai juara peringkat negeri bagi kejohanan juara-juara Liga Esukan Malaysia 2021 (MEL21).

Juara-juara ini akan mewakili negeri masing-masing (13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan) untuk bertanding peringkat kebangsaan (MEL21 Nationals) dan akan merebut hadiah wang tunai RM20,000 untuk setiap kategori. 

Berikut adalah senarai pemain yang akan bermain pada peringkat MEL21 Nationals:

Foto: ESI

Kategori-kategori dipertandingkan dalam MEL21 Nationals adalah PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM), Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), EA Sports FIFA21 dan Dota 2. 

MEL21 merupakan sebahagian daripada Pelan Rangka Tindakan Esukan Kebangsaan KBS dan melalui inisiatif Esports Integrated (ESI).

Pusingan peringkat negeri telah diadakan pada 10 Julai sehingga 8 Ogos 2021 lalu.

Kejohanan itu telah yang dilangsungkan secara dalam talian mengikut SOP yang telah ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1. 

Sebanyak 200,000 orang menonton perlawanan MEL21 peringkat negeri melalui platform kejohanan esukan kebangsaan, esukan.gg dan melalui laman Facebook ESI. 

ESI menjangkakan jumlah tontonan sebanyak 100,000 orang semasa MEL21 Nationals.

MEL 21 Nationals telah bermula sejak 14 Ogos lalu dan akan berakhir pada 1 September nanti. Ia juga akan akan disiarkan secara langsung di www.esukan.gg dan laman Facebook ESI.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved