Connect with us

General

Sukan SEA ke-31 2021 tunda tahun depan

Published

on

Persekutuan Sukan SEA hari ini telah bersetuju untuk menangguhkan Temasya Sukan SEA 2021 ke tahun hadapan.

Menurut Majlis Olimpik Malaysia, keputusan itu dilakukan berikutan situasi pandemik Covid-19 di Asia Tenggara ketika ini.

“Satu tarikh baharu akan ditentukan Majlis Persekutuan Sukan SEA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 25 Mac lalu, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam telah mengumumkan lapan e-sukan yang akan dipertandingkan dalam Temasya Sukan SEA ke-31 iaitu:

  • PUBG Mobile
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Free Fire
  • League of Legends: Wild Rift
  • Arena of Valor
  • League of Legends
  • Fifa Online 4
  • Crossfire

Pada Sukan SEA ke-30 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 2019 yang lalu, Malaysia berjaya meraih 1 pingat emas (Heartstone) dan 1 pingat gangsa (Mobile Legends) menerusi acara e-sukan.

Sukan SEA ke-31 sepatutnya diadakan pada 21 November – 2 Disember 2021.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved