Connect with us

General

Esports bukan sekadar bermain game – Reezal

Published

on

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan e-sukan tidak boleh dilihat sebagai sekadar bermain game semata-mata.

Beliau berkata pihaknya mempunyai rancangan tersendiri untuk hala tuju e-sukan tempatan, termasuk dari segi pembangunan bakat dan ekosistem secara menyeluruh.

Antaranya penganjuran Liga Esukan Malaysia 2021 (MEL21), yang dilihat bakal menjadi platform pemain akar umbi untuk bersaing dan menjadi pelapis bakat-bakat e-sukan tempatan.

“Penganjuran dan pelaksanaan MEL21 melalui inisiatif ESI (Esports Integrated) adalah merupakan salah satu fokus utama strategik dibawah Pelan Rangka Tindakan e-Sukan KBS dan Bajet 2021. Ia bertujuan untuk membangunkan ekosistem e-Sukan negara yang rancak, mapan dan inklusif.

“Tahniah ESI dan persatuan-persatuan e-sukan negeri atas penganjuran MEL 2021.

“Semoga ia menjadi titik permulaan untuk menaikkan lagi tahap e-sukan tempatan dan sekali gus melahirkan ramai bakat-bakat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

https://www.instagram.com/p/CQ-yPbFslyc/

MEL akan bermula pada 10 Julai – 10 September 2021 dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM200,000.

Ia dianjurkan oleh ESI, sebuah inisiatif di bawah kawal selia KBS, dengan kolaborasi bersama 16 buah persatuan esukan negeri.

Matlamat MEL21 adalah untuk menyediakan sebuah platform yang mapan kepada pemain akar umbi di semua peringkat (amatur, semi-profesional dan profesional) untuk bertanding dan menyerlahkan bakat mereka menerusi sebuah liga esukan kebangsaan.

Liga-liga ini akan berlangsung secara atas talian, mengikut SOP yang telah ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1.

Empat acara akan dipertandingkan dalam MEL 2021 iaitu Dota 2, FIFA 21, Mobile Legends dan PUBG Mobile.

Maklumat lanjut boleh layari esukan.gg.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved