Connect with us

General

MAGGI mahu terus sokong industri esports di Malaysia

Published

on

TATKALA ada syarikat-syarikat besar yang masih meragui mengenai industri e-sukan, jenama makanan ringan MAGGI mengambil langkah berani dalam melakukan pelaburan terutama di Malaysia.

Sejak awal tahun 2020, MAGGI dilihat sangat komited dalam memeriahkan arena e-sukan apabila muncul sebagai penaja dalam acara peringkat akar umbi komuniti dan acara peringkat profesional.

Ketika pandemik Covid-19 mula melanda seluruh dunia tahun lalu, kerajaan Malaysia telah pun mengambil langkah keselamatan untuk mengekang wabak itu dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan meminta rakyat untuk tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

Berikutan itu, MAGGI mula menjalankan Kejohanan Komuniti #DudukRumah MAGGI HOT CUP Musim Pertama secara atas talian selama tiga minggu mulai 29 Mac 2020 sehingga 12 April 2020.

Inisitiaf MAGGI bersama syarikat pengajur kejohanan e-sukan terkemuka, ESL Malaysia, telah memberi peluang kepada pemain untuk berlatih dan memenangi hadiah lumayan bersama rakan-rakan sepasukan.

Kejohanan Komuniti #DudukRumah MAGGI HOT CUP itu menawarkan hadiah wang terkumpul RM1,500 dan 20,000 diamonds Mobile Legends.

Selang beberapa bulan kemudian, MAGGI telah menjalankan kejohanan komuniti untuk kali kedua iaitu pada 12 Ogos sehingga 21 Oktober.

https://www.facebook.com/watch/?v=390232465710659

 

MAGGI turut mengadakan satu acara kemuncak iaitu MAGGI HOT CUP Charity Influencer Showdown sempena kejohanan itu.

Acara itu disertai  dua personaliti dan pemain Mobile Legends  popular tanah air, Mohd Faris Zakaria (Soloz) dan Zikry Shamsuddin (Moon).

Kejohanan itu dilihat sebagai satu platform kompetitif untuk membina komuniti dari akar umbi yang melibatkan pemain amatur, pemain profesional dan personaliti Mobile Legends.

https://www.instagram.com/p/CHVT1e7pxck/

https://www.instagram.com/p/CHUSy3zpgZP/

Menerusi program ini juga, MAGGI Hot Cup telah memberi dana sebanyak RM20,000 kepada pelajar-pelajar yang memerlukan untuk membiayai segala hal berkaitan pengajian selain memberi akses kepada Internet.

Dalam acara peringkat profesional pula, MAGGI memilih untuk menaja Kejohanan ESL Mobile Open: League of Legends: Wild Rift SEA ICON Series Malaysia Musim Panas dan Musim Luruh untuk tahun 2021.

Wild Rift adalah permainan mudah alih daripada Riot Games. Ia direka berdasarkan League of Legends, salah satu permainan PC yang paling popular dan kini merupakan permainan e-sukan yang mengumpul tontonan tertinggi.

Wild Rift telah dilancarkan di Asia Tenggara, Amerika Utara, dan Eropah. Setakat ini, Wild Rift telah mencapai lebih daripada 32 juta muat turun sejak ia dilancarkan pada Oktober 2020.

Berikutan populariti permainan itu yang sedang meningkat naik, MAGGI juga telah menjalankan kejohanan komuniti untuk kali ketiga dengan mempertandingkan e-sukan Wild Rift.

BACA: Maggi Hot Cup: Giliran BiuBiu main Wild Rift!

MAGGI percaya lebih banyak peluang perlu diwujudkan bagi membantu pemain-pemain e-sukan memulakan perjalanan untuk menjadi pemain terkemuka di rantau ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved