Connect with us

Mobile Legends

Antara Moon dan Soloz, siapa lagi power?

Published

on

NAMA Mohd Faris Zakaria (Soloz) tidak perlu diperkenalkan lagi apabila dia merupakan antara pemain permainan video dan penghibur penstriman langsung tersohor dalam industri e-sukan tanah air.

Sebelum memilih untuk berehat seketika dari dunia kompetitif, Soloz pernah bermain e-sukan Mobile Legends bagi pasukan-pasukan ternama seperti Mysterious Assassins, Air Asia Saiyan dan Team Bosskurr.

Soloz juga pernah mewakili Malaysia untuk kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends 2018 dan menyumbangkan pingat gangsa dalam Temasya Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Sementara itu, nama Zikry Shamsuddin (Moon) mula meningkat naik pada tahun lalu apabila secara konsisten memenangi kejohanan-kejohanan kecil sehingga berjaya melangkah masuk ke gelangang profesional, MPL Malaysia dan Singapura Musim Keempat.

BACA: MDC: Keyakinan luar biasa Moon TODAK

Moon dan pasukan Todak juga berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila berada di tempat ketiga terbaik dunia dalam kejohanan M1 pada tahun lalu.

Persamaan Soloz dan Moon? Kedua-dua pernah bermain Dota 2 secara aktif ketika masih kecil sebelum menceburi e-sukan mudah alih Mobile Legends.

Kedua-dua personaliti e-sukan popular itu akan berentap dalam satu kejohanan amal MAGGI HOT CUP Charity Influencer Showdown yang akan diadakan pada 7 dan 8 November nanti di Facebook ESL Malaysia jam 12 tengah hari.

Kejohanan itu adalah kemuncak kepada Kejohanan Komuniti MAGGI HOT CUP Musim Kedua yang dijalankan pada 12 Ogos, 9 September, 30 September dan 21 Oktober.

Kejohanan itu dilihat sebagai satu platform kompetitif untuk membina komuniti dari akar umbi yang melibatkan pemain amatur, pemain profesional dan personaliti Mobile Legends.

Menerusi program ini juga, MAGGI Hot Cup turut akan memberi dana RM20,000 kepada pelajar-pelajar yang memerlukan untuk membiayai segala hal berkaitan pengajian selain memberi akses kepada Internet.

“MAGGI sentiasa berusaha untuk kekal relevan dalam kalangan pengguna kami dan kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan ESL Malaysia untuk menghubungkan dengan belia masa kini menerusi permainan video.

“Dengan MAGGI Hot Cup, pemain boleh menikmati kelazatan santapan ringan yang mudah disediakan pada bila-bila masa sama ada sebelum, ketika atau selepas bermain permainan video,” kata K. Balakrishna Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia dalam satu kenyataan media.

Selain Soloz dan Moon, MAGGI HOT CUP Charity Influencer Showdown turut akan disertai personaliti e-sukan seperti Lin, Karakuri dan Ai Gaming.

Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, boleh layari : https://play.eslgaming.com/

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved