Connect with us

Mobile Legends

MDC: Keyakinan luar biasa Moon TODAK

Published

on

Zikry Shamsuddin atau senang dikenali sebagai Moon tahu apa yang dilakukannya pasti membuahkan hasil. - Foto fail What's The Meta / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Mungkin ramai akan kata Zikry Shamsuddin terlalu berkeyakinan tinggi dalam e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB).

Tetapi dengan percaturan dan perkiraan yang betul, Zikry atau senang dikenali sebagai Moon tahu apa yang dilakukannya pasti membuahkan hasil.

Dalam satu perlawanan Kejohanan MLBB Diamond Challenge Series (MDC) Malaysia Singapura menyaksikan bagaimana Moon menggunakan hero assassins Gusion dengan baik.

Pada awal perlawanan menentang pasukan Ghidorah, kedua-dua pihak bermain dengan sangat berhati-hati dan bukan satu langkah baik untuk Moon sebenarnya dalam satu pertarungan kumpulan di bahagian turtle apabila dia menjadi korban pertama First Blood.

Pertempuran berlaku antara Ghidorah dan TODAK sebelum Moon menjadi korban pertama First Blood.

Namun ia tidak melemahkan semangat Moon dan rakan sepasukan apabila mereka mengutip kembali mata turtle pada minit ke-5 dan 15 saat.

Kerjasama TODAK dalam perlawanan ini pun dilihat semakin lama semakin kukuh apabila mereka berjaya mengutip 3 menara (turret) pada minit ke-6 dan 42 saat.

Moon kemudiannya memulakan pergerakan di Land of Dawn bersama-sama dengan Nenas dan Chiku. Terus mendapat killing spree dan double kill selepas membunuh hero tank Lolita dan Minotaur pihak lawan.

Pertempuran kedua-dua pihak kemudian bermula pada laluan tengah pada minit ke-7 dan 8 saat.

Sekelip mata tiba-tiba situasi berpihak kepada Ghidorah apabila Leomord yang digunakan Xray dan Grock milik Eone terkandas dengan serangan padu hero Lunox yang digunakan pihak lawan.

Ketiga-tiga ahli TODAK yang masih mempunyai nyawa memilih untuk berundur diri, namun sisa baki terakhir nyawa Nenas yang menggunakan Franco, sempat ditamatkan Ghidorah.

Pada minit ke 7 dan 26 saat, ini lah detiknya apabila Moon menyusun semula strategi untuk membalas dendam untuk rakan-rakan sepasukannya.

Moon mula menunggu dengan tenang di dalam semak. Cuba mengintai Lunox dan Cloud pihak lawan dengan tenang.

Moon mengintai dalam semak

Beberapa saat pihak lawan cuba mendapatkan turtle, Moon terus memulakan serangannya! Moon mengeluarkan skil pertama Sword Spike serta Shadowblade Slaughter dan mengejar hero marksman Claud terus keluar third skill Incandescence, dan mendapatkan double kill selepas membunuh Lunox.

Moon terus mengatur langkah bergaya selepas itu dengan mengambil turtle yang sepatutnya diburu pihak lawan tadi.

Semestinya Moon dapat beraksi dengan baik kerana kerjasama kukuh daripada ahli-ahli pasukan lain dalam TODAK.

Skil Hook daripada hero Franco yang digunakan Nenas turut diberi pujian kerana banyak kali tepat mengena sasaran menangkap pihak lawan.

Dalam perlawanan itu, TODAK menang dalam masa 11 minit dan 38 saat dan Moon muncul sebagai MVP.

Antara barangan yang digunakan Moon untuk hero Gusion adalah, Fleeting Time, Arcane Boots, Concentrated Energy, Genius Wand dan Holy Crystal.

Menerusi kejohanan itu menyaksikan TODAK membelasah pasukan Ghidorah 3-0 pada final.

Moon dan pasukannya, TODAK muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM6,000 dan 25,000 mata diamonds. 

Selain Moon, pasukan Todak disertai oleh:

  • Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Todak.Hangus)
  • Muhammad Danial Mohd Fuad (Todak.Chik)
  • Muhammad Qayum Faez Bin Abdullah (Todak.Lychee)
  • Muhammad Rizwan Abdullah (Todak.Eone)
  • Mohamad Aiman Idris (Todak.Xray)
  • Shahril Anuar Abdul Rashid (Todak.Nenas)

Ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut daripada TODAK selepas muncul juara Kejohanan MLBB Geek pada bulan Mei.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved