Connect with us

Mobile Legends

Syno mahu sertai Bosskurr?

Published

on

Syno merupakan antara pemain MLBB popular tanah air yang terkenal dengan penggunaan hero fighter Chou - Foto: mysg.mpl.mobilelegends.com

KUALA LUMPUR – Pemain e-sukan tanah air Mohamad Amir Afdhal Ruzlan atau lebih senang dikenali sebagai Syno dikatakan berhasrat untuk menyertai pasukan Bosskurr Gaming (Bosskurr).

Pengurus MLBB Shopee Bosskur, Nureddy Nursal (Daddy) berkata Syno memang ada menunjuk minat untuk menyertai Bosskurr Gaming (Bosskurr) namun beberapa perbincangan bersama pihak pengurusan Syno perlu dilakukan.

“Syno ada kontrak perjanjian dengan pasukannya ICON MY, jadi saya tidak boleh suka-suka (membuat keputusan).

“Kalau betul-betul Syno mahu berbincang, dia kena bawa pihak pengurusnya sekali. Mungkin boleh bawa berbincang di UKM Bangi pada minggu ini.

“Syno memang mempunyai peminat dan nilainya yang tersendiri. Jika dia mahu bergabung dengan kami, memang akan menjadi lebih besar. Cuma saya tidak boleh suka-suka serapkan Syno ke dalam Bosskurr,” kata Daddy.

Daddy berkata demikian dalam satu sesi soal jawab bersama peminat dalam satu penstriman langsung baru-baru ini.

Pada April 2018, Syno bersama pemain-pemain popular tanah air, Dzulhakkim ’Unta’ Abd Rashid, Mohamad Amir Afdhal ‘Syno’ Ruzlan, Muhammad Hilman Aufa ‘ComeToPapa’ Zulfahrizal dan Edmond ‘Error’ Yue telah menubuhkan pasukan ICON MY.

Pemilihan nama ICON MY itu adalah berdasarkan populariti dan skil permainan yang ditonjolkan keempat-empat pemain itu sehingga menjadi sanjungan dan ikutan pemain-pemain Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) tempatan.

Pada Liga Profesional (MPL) Musim Ketiga yang lalu, ICON meraih tempat ke-tujuh dan tidak berkesempatan untuk beraksi pada pusingan penentu (playoff).

Selain bermain MLBB, Syno juga dilihat bermain PUBG secara aktif.

Sementara itu, dalam sesi penstriman langsung yang sama, Daddy turut berkongsikan beberapa perkembangan terkini mengenai Bosskurr. 

BACA: Obot, Fredo terajui skuad PUBGM Bosskurr

Antaranya, pemain Shopee Bosskurr Ahmad Fuad Razali (Fredo) disahkan akan berehat sementara daripada menyertai MLBB secara kompetitif dan akan menumpukan sepenuhnya dalam arena e-sukan PUBG Mobile bersama Zulfikaq Kene (Obot).

Menurut Daddy, Fredo akan memberi tumpuan PUBG Mobile organisasi Bosskurr dan akan mula menyertai kejohanan e-sukan tersebut secara kompetitif.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved