Connect with us

Mobile Legends

Fredo tidak akan keluar Bosskurr

Published

on

PERSOALAN sama ada pemain kompetitif e-sukan Ahmad Fuad Razali (Fredo) akan terus kekal bersama Bosskurr Gaming sering timbul dalam kalangan peminat dan warganet (netizen).

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kerana skuad utama Bosskurr Gaming (Bosskurr) iaitu Shopee Bosskurr sering dilihat bersama-sama sejak dahulu lagi dan agak janggal jika sekiranya ada di antara mereka tidak membuat kemunculan bersama.

Contohnya pada awal tahun ini, apabila salah seorang ahli Shopee Bosskurr Herwin Baharuddin (Rush) melakukan penstriman langsung selepas meraih kemenangan dalam satu kejohanan anjuran TODAK.

Kemenangan itu menyaksikan Rush membawa pulang RM50,000 bersama ahli-ahli pasukan yang lain sehingga ada yang bertanya sama ada duit kemenangan tersebut akan dibahagikan bersama Fredo memandangkan dia tidak boleh beraksi pada Grand Final Kejohanan Todak itu.

Jawapan Rush sangat mudah: “Menang tak menang, memang bahagi kena bahagi enam. Duit boleh cari geng. Kawan susah cari.”

Fredo ketika itu menyertai kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship yang berlangsung pada hari yang sama pada kejohanan Todak itu.

Meski dia tidak dapat beraksi pada Grand Final itu, mungkin ada yang tidak mengetahui yang Fredo juga terlibat pada peringkat kelayakan kejohanan itu sehingga ada satu pusingan Fredo menggunakan hero Alucard.

Kemudian ketika Liga Profesional Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) sedang berlangsung yang menyaksikan prestasi Bosskurr tidak begitu menyerlah sehingga ada yang menyalahkan Fredo dan mempersoalkan sama ada dia masih relevan dalam pasukan MLBB itu.

Jawapan Bosskur pun ringkas:” Semua ada silap. Jangan salahkan Fredo, atau Rush atau siapa-siapa.”

Tidak terhenti di situ, dalam satu sesi soal jawab bersama pengurus Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddy) baru-baru ini juga masih ada yang bertanya kedudukan Fredo dalam pasukan itu.

BACA: Fredo berehat dari MLBB, fokus lebih kepada PUBG Mobile

“Satu perkara mengenai keluarga Bosskurr, kami tidak akan tinggalkan antara satu sama lain. Ketujuh-tujuh kami akan bersama.

“Saya ingin tekankan tiada siapa akan keluar Bosskurr, Soloz ke, Fredo ke. Tiada,” tegas Daddy.

Bosskurr sebelum ini yang cukup dikenali sebagai Team Saiyan ditubuhkan sejak Februari 2017. Mereka juga dikenali sebagai pasukan Traitor sebelum itu.

Foto: Adam Faiz (SparTankeR)

Pasukan utama Bosskurr itu terdiri daripada Rush, Fredo, Daddy, Andi Alfian Firman (Gripex), Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan), Sofian Sultan (Penjahat) dan Mohd Faris Zakaria (Soloz).

Mereka yang sebelum ini pernah bernaung di bawah nama AirAsia Saiyan pada tahun lalu, kini mendapat tajaan daripada platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dan dijenamakan sebagai Shopee Bosskurr.

Dan bagi mereka yang ingin lagi bertanya jika Fredo akan keluar Bosskurr, mungkin boleh menonton video ini sebanyak seratus kali:

https://youtu.be/fpIouJWtqAg
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved