Connect with us

Mobile Legends

AML: Fahamkan situasi, BOSS Pusher dan TODAK guna wifi yang sama

Published

on

HANGUS: Tiada istilah sudah kalah selagi permainan belum tamat. - Foto Fail

KUALA LUMPUR – Pemain Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) bagi pasukan TODAK Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) meminta penonton Liga Mobile Legends Axis Esports (AML) supaya memahami kesulitan teknikal pada perlawanan menentang BOSS Pusher melibatkan kedua-dua pihak.

“Kami dan BOSS Pusher menggunakan wifi yang sama. Apabila sambungan wifi tiba-tiba terputus, kedua-dua pihak memang tidak boleh bergerak (dalam permainan).

“Yang minta rehat pun Boss Pusher dan Todak juga.

“Tiada istilah sudah kalah selagi permainan belum tamat,” kata Hangus kepada What’s The Meta.

Hangus berkata demikian sebagai reaksi kepada beberapa dakwaan warganet yang menyatakan Todak dilihat mengambil kesempatan menggunakan permintaan rehat pada saat-saat akhir perlawanan menentang pasukan BOSS Pusher pada peringkat Upper Bracket.

Pemain TODAK, Ciku dilihat tidak berganjak selepas dihidupkan semula.

Pada kira-kira minit ke-17 dan 48 saat dalam perlawanan itu, menyaksikan Boss Pusher semakin hampir mampu merobohkan benteng terakhir Todak selepas mendapat wipe out.

Pada masa yang sama Chou yang digunakan Ciku (Muhammad Danial Mohd Fuad) dan Lolita yang digunakan Eone (Muhammad Rizwan Abdullah) dilihat hidup semula meskipun pada ketika itu mereka dilihat dalam keadaan statik dan tidak berganjak. 

Zaraki (Jamil Nurolla) daripada BOSS Pusher pun lihat tidak bergerak.

Detik inilah satu panggilan rehat digunakan, dan kedua-dua pasukan terpaksa tunggu kira-kira 15 minit sebelum perlawanan berlangsung semula.

Panggilan rehat sehingga 15 minit

Selepas itu, Ciku segera menamatkan hayat Kimmy (Leixia) dan Grock (Kiddo) yang mempunyai HP yang sangat rendah ketika itu. Ciku mendapat double kill.

Tidak lama selepas itu, panggilan rehat diminta sekali lagi.

Apabila perlawanan berlangsung kembali, pasukan Todak berjaya mendapatkan Lord dan sekali gus menukar situasi permainan yang dilihat seperti berpihak kepada mereka.

TODAK berjaya mendapatkan Lord

Selepas masuk kembali ke gelanggang Land of Dawn, Kiddo yang menggunakan Grock cuba untuk melengahkan masa dengan mengumpan lord keluar dari laluan atas Land of Dawn.

Kiddo cuba mengalih perhatian Lord untuk keluar dari laluan atas Land of Dawn.

Mungkin pengorbanan Kiddo itu berbaloi kerana Selena (biwan) hidup untuk mempertahankan pangkalan BOSS Pusher.

Namun sayangnya, apabila menara terakhir di bahagian bawah Boss Pusher dirobohkan Xray (Mohamad Aiman Idris) yang menggunakan Granger.

Dalam perlawanan itu turut menyaksikan Todak menguasai dengan baik dalam pusingan kedua dan memaksa BOSS Pusher ke lower bracket.

Liga Mobile Legends Axis Esports (AML) bermula sejak Jumaat sehingga Ahad ini, merupakan sebahagian daripada Acara Axis Seasonal League Playoff.

Acara tersebut menawarkan hadiah wang terkumpul RM25,000 secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved