Connect with us

Mobile Legends

MPL kembali untuk musim keempat, tawar hadiah wang terkumpul RM414,000

Published

on

MPL merupakan antara kejohanan yang dinanti-nantikan pasukan-pasukan Mobile Legends di Malaysia dan Singapura. Pada musim ketiga yang lalu Geek Fam (gambar) telah muncul sebagai juara. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Liga Profesional E-Sukan Mobile Legends Bang:Bang (MPL) Malaysia dan Singapura kini kembali untuk musim keempat.

Dalam satu kenyataan, Moonton mengumumkan hadiah wang terkumpul yang ditawarkan pada musim ini adalah sebanyak RM414,000.

Sebanyak enam pasukan Malaysia dan Singapura telah mendapat jemputan terus untuk sertai liga tersebut iaitu: 

  • Geek Fam
  • EVOS Esports SG
  • Bigetron SG
  • Reborn
  • Xpax X-Assins
  • Shopee Bosskurr

“Kami telah membuat keputusan untuk menjemput empat pasukan utama dari Malaysia dan dua pasukan utama dari Singapura.

“Kami dengan sukacita ingin berkongsikan, selagi pasukan-pasukan berkenaan masih mengekalkan 60% barisan pemain masih sama seperti musim ketiga, mereka layak untuk menyertai liga yang akan datang,” kata Pengurus E-sukan Moonton, Jayden Wei dalam satu kenyataan media hari ini.

Pusingan kelayakan bagi Malaysia akan berlangsung pada 19 sehingga 21 Julai nanti manakala bagi Singapura akan berlangsung pada 27 dan 28 Julai nanti.

Dua pasukan yang telah melepasi pusingan kelayakan bagi kedua-dua negara itu akan menyertai Musim Liga kejohanan dan akan berentap bersama-sama keenam-enam pasukan yang telah mendapat jemputan terus.

Selain itu bagi pasukan-pasukan MLBB lain yang mahu menyertai MPL, boleh berdaftar untuk menyertai pusingan kelayakan nanti yang telah dibuka pada 5 lalu dan akan ditutup 14 Julai.

Bagi anda yang mahu menyertai, boleh daftar di sini, dan baca terma-terma serta syarat-syarat kejohanan di sini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved