Connect with us

Mobile Legends

MPL: Pasukan jemputan diberi tempoh sehingga 12 Julai untuk hantar senarai pemain

Published

on

Sebanyak 6 pasukantelah mendapat jemputan terus ke MPL Musim Keempat iaitu, Geek Fam, EVOS Esports SG, Bigetron SG, Reborn, Xpax X-Assins dan Shopee Bosskurr.

KUALA LUMPUR – Pasukan-pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) yang telah mendapat jemputan terus untuk menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat diberi tempoh sehingga 12 Julai untuk menghantar senarai pemain kepada penganjur, eGG Network.

eGG Network berkata selepas senarai pemain itu telah dihantar, mereka akan melakukan semakan dan akan membuat pengumuman yang berkaitan.

“Berikan kami sedikit masa dan anda boleh jangkakan pengumuman rasmi (mengenai jemputan terus) di Facebook MLBB akan dilakukan dalam tempoh kira-kira seminggu.

“Sudah semestinya kami akan maklumkan mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi What’s The Meta.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan media, eGG Network telah mengumumkan enam pasukan telah mendapat jemputan terus untuk menyertai MPL Musim Keempat, iaitu:

  • Geek Fam (Juara MPL Musim Ketiga)
  • EVOS Esports SG (Naib Juara MPL Musim Ketiga)
  • Bigetron SG (Tempat Ketiga Juara MPL Musim Ketiga)
  • Reborn (Kedudukan ke-5/6 Musim ketiga)
  • Xpax X-Assins (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)
  • Shopee Bosskurr (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)

Namun timbul beberapa persoalan berkaitan jemputan terus tersebut. Antaranya sama ada Reborn layak untuk mendapat jemputan terus ke liga itu selepas tiga daripada pemainnya secara rasmi telah meninggalkan pasukan tersebut. 

Pada musim lalu, pemain Reborn terdiri daripada Silo (Akmal Afi Uzair Daud), Muhd Nurhafis Jamiran (Evilx), Saw Kee Loong (Loong), Muhd Firdaus Abdul Jamil (Rynn), Lacid (Fiqri Atiq Mohd Fauzi Lai) dan Kenpanchi.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Reborn mengumumkan Loong, Rynn dan Evilx umum meninggalkan pasukan itu. Mereka ini bermain untuk pasukan Axis Bosskurr.

What’s the Meta juga difahamkan Lacid juga kini menyertai Axis Bosskurr.

Menurut Pengurus E-sukan Moonton, Jayden Wei dalam satu kenyataan pada Isnin, selagi pasukan-pasukan berkenaan (yang mendapat jemputan terus) masih mengekalkan 60% barisan pemain masih sama seperti musim ketiga, mereka layak untuk menyertai liga yang akan datang.

MPL Malaysia dan Singapura kini kembali untuk musim keempat dan menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM414,000.

Pendaftaran telah pun dibuka sejak 5 Julai lepas dan akan ditutup pada 14 Julai nanti.

Bagi anda yang mahu menyertai, boleh daftar di sini, dan baca terma-terma serta syarat-syarat kejohanan di sini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved