Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: KayZeePi, Mr Vi, Sana sah sertai Resurgence

Published

on

DARI KIRI: KayZeePi, Mr Vi dan Sana bukan nama yang asing dalam arena e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Malaysia dan Singapura. Foto - mysg.mpl.mobilelegends.com

KUALA LUMPUR – Tiga bekas pemain e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Bigetron Esports Singapura (Bigetron SG) Brandon Loh Siang Ming (Sana), Victor Lin Jin Shun (Mr Vi) dan KayZeePi sah menyertai Resurgence.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Resurgence yang mendapat tempat keempat pada Kejohanan Liga Profesional (MPL) musim lalu mengumumkan barisan baharu pemain mereka.

Menurut Resurgence, pasukan tersebut akan diketuai Ong Wei Sheng (Aeon) dan disertai Ngian Wee Kiat (Aubi), Lun, Sana, Mr Vi serta KayZeePi.

Barisan pemain baharu Resurgence ini bakal membuat kemunculan pertama bersama di Kejohanan Challenger Summit Regional Finals di Singapura pada hujung minggu ini.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM50,000.

Announcing our new roster for Mobile Legends: Bang Bang! 👏👏👏Captained by Ong "Aeon" Wei Sheng, our team will be making…

Posted by Resurgence on Tuesday, 9 July 2019

Resurgence sebelum ini dikenali sebagai Flash Tyrants meraih tempat kedua pada musim pertama MPL dan tempat ketiga pada musim kedua MPL.

Meski berada di kedudukan tempat empat teratas pada MPL musim ketiga, Resurgence tidak mendapat jemputan terus daripada penganjur eGG Network dan Moonton.

MPL musim keempat bakal bermula minggu hadapan dengan pusingan kelayakan bagi Malaysia akan berlangsung pada 19 sehingga 21 Julai nanti manakala bagi Singapura akan berlangsung pada 27 dan 28 Julai nanti.

Selain itu, sebanyak enam pasukan Malaysia dan Singapura telah menerima jemputan terus ke kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM414,000 itu. Mereka adalah:

  • Geek Fam (Juara MPL Musim Ketiga)
  • EVOS Esports SG (Naib Juara MPL Musim Ketiga)
  • Bigetron SG (Tempat Ketiga Juara MPL Musim Ketiga)
  • Reborn (Kedudukan ke-5/6 Musim ketiga)
  • Xpax X-Assins (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)
  • Shopee Bosskurr (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved