Connect with us

Mobile Legends

Bosskurr cari penggiat e-sukan wanita untuk sertai mereka

Published

on

Mereka yang terpilih akan dilatih sendiri oleh pemain-pemain Bosskurr sendiri seperti Ahmad Fuad Razali (Fredo), Mohd Faris Zakaria (Soloz), Sofian Sultan (Penjahat) dan ramai lagi.

KUALA LUMPUR – Selepas mengumumkan akan membuka beberapa lagi bahagian e-sukan yang baharu, organisasi e-sukan tanah air Bosskurr Gaming (Bosskurr) kini mencari beberapa bakat baharu untuk bahagian penstriman langsung, pengurusan dan hiburan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bosskurr berkata mereka mencari penggiat-penggiat e-sukan wanita bagi menyertai bahagian-bahagian baharu tersebut dalam organisasi mereka.

“Berita baik untuk semua wanita di luar sana. Kami di Bosskurr Gaming ingin mencari beberapa orang bakat baru untuk bagi mengembangkan lagi divisyen kami dalam bidang penstriman langsung, pengurusan dan hiburan.

“Kami juga akan menjalankan sesi temu duga dalam masa terdekat. Beritahu kepada rakan-rakan anda jika ada yang berminat,” kata Bosskurr.

Jelasnya lagi, mereka yang terpilih akan dilatih oleh pemain-pemain Bosskurr sendiri seperti Ahmad Fuad Razali (Fredo), Mohd Faris Zakaria (Soloz), Sofian Sultan (Penjahat) dan ramai lagi untuk menyertai kejohanan atau dalam bidang penstriman langsung dan pengurusan.

Bagi anda yang berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook Bosskurr.

Sebelum ini, Bosskurr mengumumkan mereka telah membuka bahagian e-sukan baharu dalam organisasinya iaitu, PUBG Mobile yang akan diterajui Fredo Zulfikar Kene (Obot).

Pada Mei lalu, pemain e-sukan Singapura yang bernaung di bawah Bosskurr Gaming, Nashrul Nizam (Nash) turut umum  dia akan mengetuai pasukan Bosskur, iaitu Boss Trio.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved