Connect with us

Mobile Legends

Rekod tanpa kalah dari liga, TODAK juara MPL Musim Keenam

Published

on

KUALA LUMPUR – Era kebangkitan skuad Mobile Legends TODAK kini kembali selepas pasukan itu merekodkan kemenangan berturut-turut sejak peringkat Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG) Musim Keenam bermula pada bulan lalu dan seterusnya memenangi peringkat Grand Final seketika tadi.

TODAK meraih kemenangan bergaya 3-1 ke atas pihak lawan EVOS SG pada Grand Final, sekali gus memulangkan trofi kemenangan kepada Malaysia pada MPL musim kali ini.

BABAK KEMENANGAN TODAK:

Kapten TODAK Zikry Shamsuddin (Moon) berkata tiada perasaan dapat digambarkan melainkan rasa gembira dengan kemenangan itu.

“Kami memang gembira kerana kami memberikan segalanya sejak awal musim liga lagi. Kami all out. Jika ada hero yang sesuai dengan meta terkini, kami akan belajar meta itu.

“Apa yang kami capai hari ini memang sangat mengembiran secara peribadi buat saya dan TODAK,”kata Moon dalam satu sidang media selepas bergelar juara MPL Musim Keenam.

TODAK mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan 100% dalam 12 perlawanan disertai sejak peringkat lagi.

Pasukan itu juga pernah menjadi skuad Mobile Legends ketiga terbaik dunia dalam kejohanan M1 pada 2019.

Muhammad Rizwan Abdullah (Eone), Muhammad Danial Mohamad Faud (Ciku), Mohamad Aiman Idris (Xray) dan Zairul Hazim Zailani (Stoo) dan Wan Usman Wan Imran (4Meyz).

1 Comment

1 Comment

  1. hakurocker

    27th October 2020 at 6:12 PM

    terbaik todak epic comeback gempak oooo. mintak skin clint badminton boleh? terbaik bos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved