Connect with us

Mobile Legends

Akhirnya, Ciku buat live di page sendiri

Published

on

SAYA ada satu teori atau satu peraturan tidak bertulis dalam e-sukan iaitu: “Lagi power skil seseorang pemain itu, lagi popular pemain itu.”

Teori itu adalah berdasarkan rasa hormat dan penghargaan komuniti e-sukan kepada atlet-atlet yang menunjukkan semangat kompetitif yang tinggi.

Kita boleh menjadikan pemain profesional Mobile Legends terbaik Malaysia ketika ini, Danial Fuad (Ciku) sebagai contoh.

Nama Ciku memang bukan satu nama asing dalam kalangan komuniti Mobile Legends Malaysia.

Sejak menempah nama selepas mempamerkan mutu persembahan yang memberangsakan dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura Musim Keempat pada tahun lalu dengan meraih tempat kedua, Ciku dan pasukannya TODAK diangkat sebagai pasukan terkuat di negara Malaysia.

Dia pernah mewakili tanah air dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam Kejuaraan Dunia M1 dengan meraih tempat ketiga terbaik dunia.

Skilnya memang digeruni dan membuatkan penonton dahagakan dengan aksi-aksi luar biasa darinya.

Namun, Ciku dilihat kurang “belanja” penstriman langsung kepada peminat-peminatnya dan skil permainannya hanya dapat ditonton secara eksklusif dalam kejohanan atau liga profesional.

Hal itu mungkin kerana tumpuan Ciku sepenuhnya diberikan sebagai pemain profesional bukan sebagai penghibur penstriman langsung.

Meski prestasi TODAK sedikit merudum pada MPL MYSG Musim Kelima namun mereka kembali bangkit dalam MPL MYSG Musim Keenam.

Ciku juga diangkat sebagai Pemain Terbaik pada peringkat liga dan Grand Final MPL MYSG Musim Keenam.

Antara momen yang akan diingati adalah apabila Ciku menggunakan Ling yang semestinya memberikan kesan

Kini anda tidak perlu tunggu sehingga perlawanan rasmi untuk menyaksikan aksi Ciku kerana dia baharu sahaja menubuhkan akaun Facebook Gaming untuk peminatnya.

Bagi anda yang mahu memberi sokongan kepada Ciku, boleh layari Facebook CikuGais.

https://www.facebook.com/106927834555386/videos/844068279697617

Setakat ini artikel ini ditulis, Ciku mempunyai lebih 3,000 pengikut.

Ayuh, beri sokongan kepada pemain terbaik Malaysia ketika ini, Ciku!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved