Connect with us

Mobile Legends

MPLI kembali, tawar hadiah terkumpul RM415,000

Published

on

Foto: ONE ESPORTS

SELEPAS diumumkan akan ditangguhkan pada Mei lalu, Kejohanan ONE Esports Mobile Legends Invitational (MLI) 2020 kini kembali dengan hadiah wang tunai kira-kira RM415,000 (AS$100,000).

Dalam satu kenyataan hari ini, kejohanan yang dianjurkan bersama Moonton itu akan melibatkan 20 pasukan Mobile Legends terbaik dari Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Singapura.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang menerima jemputan untuk ke MPLI:

  • Malaysia: Todak, Orange Louvre Esports,
  • Singapura: EVOS SG, Resurgence
  • Indonesia: Alter Ego, Aurafire, Bigetron, EVOS Legends, Geek Fam ID, Genlix Aerowolf, ONIC Esports, RRQ Hoshi
  • Myanmar: Burmese Ghouls, Ronin Esports
  • Filipina: Aura PH, Blacklist International, Bren Esports, Execration, Omega PH Esports, ONIC PH

MPLI dijangka akan bermula pada 27 November dan akan dijalankan secara atas talian sehingga 6 Disember nanti.

MPLI juga mendapat kerjasama dari Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia. 

Menurut menterinya, Wishnutama Kusubandio, MPLI dilhat sebagai satu aspek pelancongan sukan virtual yang akan mendorong pelancongan domestik di Indonesia.

MPLI akan disiarkan secara langsung dalam lima bahasa termasuk Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Bahasa Burma, Bahasa Inggeris dan Tagalog di laman media sosial rasmi ONE Esports dan Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved