Connect with us

Mobile Legends

Kejohanan ONE Esports Mobile Legends Invitational 2020 ditunda

Published

on

Lagi kejohanan antarbangsa e-sukan ditangguhkan.

KEJOHANAN ONE Esports Mobile Legends Invitational (MLI) 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 1-5 Julai 2020 di Jakarta Indonesia, akan ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Menurut ONE Esports, keputusan untuk menunda Kejohanan ONE Esports MLI 2020 itu adalah berikutan peraturan-peraturan kerajaan tempatan dalam menangani wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

“ONE Esports dan pembangun e-sukan Mobile Legends, Moonton akan mengumumkan satu tarikh baharu untuk kejohanan itu. Kerajaan Indonesia telah pun menangguhkan pengeluaran permit penganjuran acara pada Mac lalu.

“Bagaimanapun, pusingan kelayakan MLI atas talian di beberapa negara akan diteruskan dan pemenang akan mendapat slot ke kejohanan itu.

“Penangguhan ini memang satu keputusan yang sukar tapi ia penting bagi kami untuk mengutamakan keselematan dan kesihatan atlet-atlet e-sukan, staf dan peminat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ONE Esports Carlos Alimurung dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

Kejohanan ONE Esports MLI 2020 bakal disertai 12 jaguh Asia Tenggara dan ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM640,000 (AS$150,000).

Setakat ini, tiga pasukan telah disahkan melayakkan diri ke kejohanan itu iaitu Team Bosskurr (Malaysia), Bigetron Alpha (Indonesia) dan EVOS SG (Singapura).

Sementara itu, ONE Esports turut mengumumkan Kejohanan ONE Esports Singapore Major yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tertutup Singapura pada 20 -28 Jun 2020 dibatalkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved