Connect with us

Mobile Legends

Reborn tidak lagi bersama Orange Esports, kini bersama RED Esports

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends tanah air, Reborn kini tidak lagi bersama organisasi Orange Esports dan secara rasmi menyertai Red Esports.

Perkara itu disahkan pemilik Red Esports, Anne Raihan kepada WTM Today.

Pada Sabtu lalu, Orange Esports memuat naik satu posting mengucap selamat tinggal kepada pemain-pemain Mobile Legends itu yang sebelum ini menggunakan nama Orange Esports Reborn.

“Selamat maju jaya kepada pemain-pemain berikut memandangkan mereka akan menggalas cabaran baharu dalam kerjaya masing-masing. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan,” kata Orange Esports.

Pasukan Orange Esports Reborn yang sekarang ini dikenali sebagai Red Esports Reborn baru-baru ini menjadi meraih tempat ketiga dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Pasukan itu membawa pulang kira-kira RM40,000 (AS$9,500) menerusi kemenangan itu.

Barisan Red Esports Reborn kini terdiri daripada:

  • Akmal Afi Uzair Daud – Silo (Kapten)
  • Adib Rusydi Ahmad Tarmizi – Mom
  • Syed Raziq Hakimi Syed Toko Khairuddin Cakbu
  • Muhammad Akmal Rozali – Mal
  • Muhammad Firdaus Bin Mohd Aniza -Eren
  • Muhammad Aiman Aliff Zulkefli – Grengo
  • Mohd Farhan Kamari – Hawkeye (Jurulatih) 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved