Connect with us

Mobile Legends

MSC 2020 secara rasmi dibatalkan

Published

on

MSC 2020 dibatalkan.

BERITA dukacita bagi peminat dan komuniti Mobile Legends kerana pembangun e-sukan itu, Moonton mengumumkan Piala Asia Tenggara 2020 (MSC 2020) dibatalkan secara rasmi.

Dalam satu pengumuman, Moonton berkata keputusan pembatalan MSC 2020 yang sepatutnya diadakan di Manila, Filipina itu adalah berikutan status pandemik COVID-19 ketika ini dan juga bagi mematuhi keputusan pihak-pihak berkuasa.

“Pandemik COVID-19 telah memberi impak kepada seluruh dunia dan menyebabkan kesukaran untuk mengadakan acara e-sukan berskala besar.

“Keutamaan kami adalah untuk menjaga keselematan staf, rakan kongsi dan peminat Mobile Legends serta mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk memerangi COVID-19.

“Oleh sebab itu, selepas mempertimbangkan situasi-situasi terkini, kami dengan berat hati ini ingin memaklumkan bahawa kami akan membatalkan MSC 2020,” kata Moonton dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Moonton, meski pembatalan MSC 2020 merupakan satu kekesalan yang tidak boleh dielakkan namun pihaknya akan memastikan beberapa acara e-sukan alternatif akan dijalankan pada bulan Jun nanti.

“Jangan khuatir, kami akan memaklumkan kepada anda mengenai informasi-informasi baharu.

“Dalam kesulitan ini, kami menghargai sokongan anda kepada Mobile Legends dan acara-acaranya. Kami mengharapkan anda sentiasa dalam keadaan sihat dan tenang.

“Kami berharap dapat bertemu dengan anda dalam acara Mobile Legends dalam tempoh terdekat,” tambahnya.

MSC 2020 dijadualkan akan berlangsung pada 10-14 Jun hadapan dengan hadiah wang terkumpul kira-kira RM650,000 (AS$150,000) ditawarkan.

Kejohanan itu mengumpulkan pasukan-pasukan terbaik Mobile Legends dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Myanmar, dan Laos.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved