Connect with us

Mobile Legends

515 eParty: Antara Ly4ly4ly4, Sync dan Soloz siapa lagi hebat?

Published

on

Saksikan perlawanan pertunjukan 515 eParty pada 16 Mei ini, jam 2 petang di Facebook Mobile Legends!

KUALA LUMPUR – Satu perlawanan pertunjukan istimewa sempena Acara 515 eParty Mobile Lgends bakal diadakan pada hujung minggu ini.

Perlawanan pertunjukan 515 eParty itu akan melibatkan bintang-bintang media sosial dan pemain profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura.

Bagi pasukan Malaysia akan diwakili oleh penghibur penstriman popular Team Bosskurr Mohd Faris Zakaria (Soloz), Firdaus Hashim (Master Ramen) Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu), Edward Mah Yee Liang (Edwardo) dan Le Josette

Sementara itu bagi pasukan Singapura terdiri daripada pemain yang menjuarai MPL dua kali, Lim Yang (LY4LY4LY4), Ho Ee Hong (Sync), Sky Wee, Purr Gaming dan Matthew Chan.

Selain bertujuan untuk memeriahkan acara 515 eParty, perlawanan pertunjukan itu juga akan dijadikan sebagai satu platform untuk mengumpul sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Menurut Moonton, para peminat Mobile Legends juga boleh menyertai untuk membantu memberi sumbangan dengan hanya menonton perlawanan pertunjukan itu.

“Nilai sumbangan adalah berdasarkan jumlah tertinggi penonton dalam talian perlawanan pertunjukan itu,” kata Moonton dalam satu kenyataan.

Saksikan perlawanan tersebut pada 16 Mei ini, jam 2 petang di Facebook Mobile Legends!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved