Mobile Legends
515 eParty: RM10,000 dan 10,000 Diamonds disediakan bagi Cabaran Finger Dance!

HADIAH wang tunai melebihi RM10,000 dan 10,000 diamonds Mobile Legends akan ditawarkan sempena Cabaran 515 eParty Finger Dance untuk peminat-peminat permainan video mudah alih itu.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai cabaran berikut perlu merekodkan video tarian jari, mengikut langkah-langkah tertentu.
Berikut adalah langkah-langkah penyertaan:
Pilihan Pertama
- Dengar dan tonton lagu Party Legends https://bit.ly/515PartyLegends
- Rekod satu rakaman tarian jari anda dengan lagu Party Legends
- Muat naik rakaman anda ke laman Facebook atau Instagram (pastikan hantaran anda ditetapkan kepada “Umum/ Public“)
- Sertakan hashtag #515FingerDance #515eParty
- Kongsikan pautan hantaran anda di dalam ruangan komen Mobile Legends
Pilihan Kedua
- Cipta satu rakaman tarian jari anda yang tersendiri
- Cari lagu “515 Finger Dance – Party Legends” dalam aplikasi TikTok dan jadikan ia sebagai muzik latar
- Muat naik rakaman anda ke laman peribadi TikTok (pastikan akaun anda ditetapkan sebagai “Umum/ Public“)
- Sertakan hashtag #515FingerDance #515eParty
- Kongsikan pautan rakaman TikTok anda di dalam ruangan komen
Sementara itu, bagi mana-mana peserta yang berjaya berikut adalah pembahagian hadiah wang tunai dan diamonds Mobile Legends:
- Hadiah Utama – AS$515
- Hadiah Tempat Kedua – 3 x AS$151.5
- Hadiah Tempat Ketiga – 10 x AS$51.5
- Video Berpasukan Terbaik – 2 x AS$151.5
- Video Solo Terbaik – AS$151.5
- Video Paling Kreatif – 2 x AS$151.5
- Video Paling Kelakar- AS$151.5
- Pilihan Kegemaran – AS$121.5
- Hadiah Sagu Hati – 50 x 200 diamonds Mobile Legends
Cabaran 515 eParty Finger Dance adalah tertakluk pada terma dan syarat: https://bit.ly/MLBB515TnC. Selamat mencuba!