Connect with us

Mobile Legends

Team Bosskurr juara peringkat Malaysia, layak ke ONE Esports Mobile Legends Invitational 2020

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends popular tanah air, Team Bosskurr berjaya menempah slot ke kejohanan antarabangsa ONE Esports Mobile Legends Invitational 2020.

Team Bosskurr mara ke peringkat itu selepas menewaskan Todak 3-1 dalam pusingan lima terbaik di Grand Final bagi kelayakan Malaysia.

Team Bosskurr juga dilihat membawa barisan pemain yang sama ketika menyertai Kejohanan Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah 2020 pada bulan lalu yang menyaksikan pasukan itu muncul sebagai juara dalam kejohanan itu.

Pemain-pemain Team Bosskurr tersebut adalah:

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)
  • Amir Afdal (Syno)
  • Hazeem Onn (Scott)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)

Selain Syno, kelima-lima pemain Team Bosskurr itu mempunyai pengalaman bermain di Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dan berjaya menyumbangkan pingat gangsa kepada Malaysia.

BACA: Ini hanya permulaan untuk barisan baru Team Bosskurr – Syno

Menerusi kemenangan itu, Team Bosskurr bakal mewakili Malaysia dalam Kejohanan ONE Esports Mobile Legends Invitational 2020 yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM640,000 (AS$150,000).

Kejohanan itu yang sepatutnya berlangsung pada 1-5 Julai, ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan berikutan arahan pihak berkuasa tempatan yang melibatkan keadaan semasa wabak koronavirus COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Kejohanan ONE Esports Mobile Legends Invitational 2020 bakal disertai 12 jaguh Asia Tenggara yang menyaksikan enam pasukan bakal mendapat jemputan terus, manakala enam pasukan lagi adalah dari kelayakan dari negara masing-masing.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved