Connect with us

Mobile Legends

Rippo layak ke ONE Esports Mobile Legends Invitational bersama Bigetron Alpha

Published

on

PEMAIN profesional Mobile Legends Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo) berjaya melayakkan diri ke Kejohanan antarabangsa ONE Esports Invitational 2020.

Rippo yang kini bersama salah satu gergasi Indonesia, Bigetron Alpha menempa salah satu slot dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM640,000 itu.

WTM Today baru-baru ini sempat mengadakan satu temu bual ringkas bersama bekas pemain Geek Fam itu bagi mengetahui perkembangan terkini karier e-sukannya. Ikuti temu bual berikut:

Dua kali Rippo ditawarkan bermain di Indonesia iaitu bersama Aerowolf dan Bigetron Esports. Mungkin Rippo boleh kongsikan perbandingan suasana e-sukan yang Rippo rasai sendiri di Malaysia dan Indonesia? Bermain di Indonesia memang sangat berbeza dengan Malaysia. Terutama dari segi cara permainan dan cara komunikasi, lebih susah bermain di Indonesia. Bagi saya, mungkin ada sedikit terasa tertekan kerana dapat bertarung dengan pasukan gergasi di Indonesia.

Bagaimana proses pemindahan Rippo dari Aerowolf ke Bigetron Alpha? Bigetron Alpha berminat untuk mengambil saya, sebab itu saya dipindahkan dari Aerowolf ke Bigetron Alpha. Lagipun Bigetron Alpha merupakan salah satu pasukan yang agak besar di Indonesia, oleh sebab itu saya memilih Bigetron Alpha.

Adakah Rippo berada di Indonesia ketika ini atau bekerja dari Malaysia? Sepatutnya apabila menyertai pasukan Indonesia, seharusnya saya berada di Indonesia tapi disebabkan wabak Covid-19, saya berada di Malaysia ketika ini.

Adakah Rippo akan menjadi sebahagian daripada barisan pemain utama Bigetron Alpha pada MPL akan datang? Menerusi barisan pemain Bigetron Alpha yang akan bermain di One Esports, berkemungkinan saya akan bermain dalam MPL musim akan datang.

Rippo merupakan antara pemain Mobile Legends tanah air yang berbakat besar. Sebelum melebarkan sayapnya di Indonesia, Rippo pernah merangkul kejuaraan MPL Malaysia dan Singapura bersama Geek Fam pada musim ketiga tahun lalu.

Menerusi kemenangan itu, Rippo dan Geek Fam mewakili Malaysia dalam Piala Asia Tenggara Mobile Legends 2019 yang diadakan di Manila, Filipina.

Rippo kemudiannya menyertai pasukan Indonesia, Aerowolf dan bersaing dalam liga semi-profesional MDL menerusi skuad Genflix Aerowolf Jr.

Selepas MDL tamat, perkhidmatan Rippo kini diperlukan Bigetron Alpha dan dia sedang melakukan persiapan bagi menghadapi Kejohanan antarabangsa ONE Esports Invitational 2020 yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia pada 1-5 Julai nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved