Connect with us

Mobile Legends

Ada apa dengan MAGGI dan esports?

Published

on

MAGGI HOT CUP Charity Influencer Showdown akan disiarkan. secara langsung di Facebook ESL Malaysia jam 12 tengah hari, pada 7 dan 8 November nanti. - Facebook ESL Malaysia

SLRRPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!! Menghirup kuah dengan penuh rasa nikmat, mengisi segala kekosongan perut dengan penuh kepuasan. 

Itu adalah antara perasaan yang boleh digambarkan apabila anda menjadikan MAGGI HOT CUP sebagai santapan yang mudah disediakan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa, terutama ketika selepas bermain game.

Apabila bercakap mengenai bermain game atau e-sukan, ia sudah tentunya dilihat sebagai salah satu hobi dan aktiviti yang sinonim dengan golongan muda dan belia.

BACA: Antara Moon dan Soloz, siapa lagi power?

Lantaran itu, MAGGI Malaysia mahu menggunakan kapasiti itu untuk kekal relevan kepada pengguna termasuk mereka yang suka bermain game!

“Di MAGGI, kami sentiasa mahu kekal relevan kepada pengguna dengan berhubung denga belia masa kini menerusi pelbagai cara termasuk dalam bidang gaming. 

“Dengan MAGGI HOT CUP, mereka yang bermain game boleh menikmati makanan yang sedap, memuaskan serta panas pada bila-bila masa.

“Kami juga mempunyai rancangan untuk terus berusaha dalam membangunkan jenama kami dalam kalangan komuniti e-sukan,” kata Penolong Pengurus Jenama, MAGGI Malaysia, Sam Shu Jing kepada WTM Today dalam satu temu bual baru-baru ini.

Pada tahun ini, MAGGI telah menjalankan Kejohanan MAGGI HOT CUP selama dua musim bersama syarikat produksi terkenal, ESL Malaysia.

Kemuncak musim kedua kejohanan itu akan berlangsung pada hujung minggu ini iaitu 7 dan 8 November, sebagai satu acara amal MAGGI HOT CUP Charity Influencer Showdown secara langsung di Facebook ESL Malaysia jam 12 tengah hari.

Ia akan melibatkan beberapa personaliti e-sukan terkenal seperti Soloz, Moon, Lin, Karakui dan Ai Gaming.

Kejohanan itu adalah kemuncak kepada Kejohanan Komuniti MAGGI HOT CUP Musim Kedua yang telah dijalankan pada 12 Ogos, 9 September, 30 September dan 21 Oktober yang lalu.  Ia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM6,000 dan 10,000 diamonds Mobile Legends.

Kejohanan itu dilihat sebagai satu platform kompetitif untuk membina komuniti dari akar umbi yang melibatkan pemain amatur, pemain profesional dan personaliti Mobile Legends.

Menerusi program ini juga, MAGGI Hot Cup turut akan memberi dana RM20,000 kepada pelajar-pelajar yang memerlukan untuk membiayai segala hal berkaitan pengajian selain memberi akses kepada Internet.

Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, boleh layari : https://play.eslgaming.com/

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved