Connect with us

Mobile Legends

MAGGI Charity Showdown: Soloz buktikan Layla bukan hero troll

Published

on

Foto: Mobile Legends

HERO marksman Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), Layla bukanlah satu pilihan utama dalam kalangan pemain walaupun ia adalah salah satu hero yang disediakan secara percuma daripada pembangun permainan itu.

Layla boleh didapati dalam mod tutorial Mobile Legends dan jarang dilihat digunakan mana-mana pasukan dalam kejohanan atau pertandingan.

Namun, dalam kejohanan amal MAGGI HOT CUP Charity Influencer Showdown semalam, penghibur penstriman langsung terkenal Mohd Faris Zakaria (Soloz) membuktikan Layla mempunyai keunikan tersendiri dalam Land of Dawn.

Menerusi perlawanan marksman 1vs1, Soloz menggunakan Layla, selepas dicadangkan oleh pengulas kejohanan, Aiman Kamal (Laphel) untuk menentang salah seorang pemain yang menggunakan nama Kuza.

Pada 2 minit pertama perlawanan, Soloz dilihat bermain secara selamat dan tidak agresif ketika berlawanan dengan Kuza yang menggunakan Yi Sun-Shin di laluan tengah Land of Dawn.

Kira-kira 40 sat kemudian, Soloz telah mencapai level 6 untuk hero Layla dan mula memberi asakan kepada Kuza.

Soloz menggunakan kombinasi skil Void Projectile dan Destruction Rush dan hampir mengakibatkan Kuza kehilangan nyawa.

Kuza tidak pulang ke pangkalan Crystal dan hanya mampu bertahan dengan HP yang sedikit.

Kira-kira 25 saat kemudian, skil Layla telah pun cool down, dan Soloz sekali lagi menggunakan Destruction Rush ke arah Kuza dan berjaya mendapatkan menara Turret yang pertama.

https://www.instagram.com/p/CHUSy3zpgZP/

Dalam perlawanan marksman 1vs1 itu, Soloz menang 3-0. Soloz merupakan antara personaliti yang menyertai kejohanan amal MAGGI HOT CUP Charity Influencer Showdown yang berlangsung pada 7 dan 8 November.

Menerusi program ini juga, MAGGI Hot Cup turut akan memberi dana RM20,000 kepada pelajar-pelajar yang memerlukan untuk membiayai segala hal berkaitan pengajian selain memberi akses kepada Internet.

Kejohanan itu adalah kemuncak kepada Kejohanan Komuniti MAGGI HOT CUP Musim Kedua yang telah dijalankan pada 12 Ogos, 9 September, 30 September dan 21 Oktober yang lalu. Ia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM6,000 dan 10,000 diamonds Mobile Legends.

Tonton secara langsung di Facebook ESL Malaysia sekarang!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved