Connect with us

Mobile Legends

Team Moon kalahkan Team Soloz dalam Maggi Charity Showdown

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain profesional TODAK, Zikry Shamsuddin (Moon) berjaya mengalahkan penghibur penstriman langsung Team Bosskurr Mohd Faris Zakaria (Soloz) dalam satu perlawanan amal MAGGI HOT CUP Charity Influencer Showdown pada petang tadi.

Menerusi perlawanan akhir kejohanan itu, Moon yang mewakili Team Sup Ayam menang 3-0 menentang pasukan Team Kari yang diketuai Soloz.

MAGGI HOT CUP Charity Influencer Showdown adalah acara kemuncak kepada Kejohanan Komuniti MAGGI HOT CUP Musim Kedua yang telah dijalankan pada 12 Ogos, 9 September, 30 September dan 21 Oktober yang lalu.

BACA: Soloz buktikan Layla bukan hero troll

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM6,000 dan 10,000 diamonds Mobile Legends.

“Kejohanan ini memberi peluang kepada pemain baru untuk menunjukkan bakat. Jika ada pemain mahu meneruskan karier dalam e-sukan, teruskan sehingga boleh,” kata Moon yang kini sedang melakukan persiapan menjelang Kejohanan ONE Esports Mobile Legends.

Sementara itu, menerusi acara kejohanan amal itu juga, MAGGI Hot Cup telah memberi dana RM20,000 kepada MyKasih Foundation bagi menyediakan kelengkapan pendidikan kepada murid-murid SK Penderas (Asli) iaitu sebuah sekolah rendah Orang Asli di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.⁣⁣

Pemberian dana itu adalah inisiatif MAGGI Malaysia dan ESL Malaysia untuk membantu murid-murid yang berdepan dengan kekangan untuk menjalani kelas atas talian dari rumah.

Selain Moon dan Soloz, kejohanan amal itu juga disertai personaliti e-sukan dan penstriman langsung tanah air, Ai Gaming, Lin dan Karakuri.

Jika anda terlepas dalam kejohanan amal ini, boleh tonton semula di laman Facebook ESL Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved