Connect with us

Wild Rift

Maggi Hot Cup: Giliran BiuBiu main Wild Rift!

Published

on

Foto: Arkib / Wulf Esports

KUALA LUMPUR – Personaliti e-sukan popular tanah air, Jiunn Jie Kow (Biubiu) akan membuat kemunculan istimewa dalam Kejohanan MAGGI Hot Cup Musim Ketiga: Wild Rift 2021.

Dalam kejohanan itu, BiuBiu akan beraksi dalam MAGGI Influencer Showdown yang akan disiarkan semasa Playoffs ESL Mobile Open Wild Rift SEA ICON Series Malaysia Musim Panas.

Selain BiuBiu, duta EVOS SGMY, Fattah Zie juga akan membuat kemunculan dalam kejohanan komuniti ini.

Bagi anda yang mahu menyertai bersama keseronokan kejohanan komuniti itu boleh membuat pendaftaran di sini:

Kejohanan Komuniti MAGGI HOT CUP yang memasuki musim ketiga itu dilihat sebagai satu platform kompetitif untuk membina komuniti dari akar umbi dan melibatkan pemain amatur, pemain profesional dan personaliti e-sukan tempatan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved