Connect with us

Wild Rift

Dulu ‘menyelam’, kini Nenas terbang bersama Berjaya Dragons

Published

on

Foto: Facebook / Nenas, Berjaya Dragons

BEKAS pemain Mobile Legends Todak, Shahril Anuar Abdul Rashid (Nenas) sah menukarkan kerjaya e-sukan profesionalnya kepada Wild Rift.

Dalam satu pengumuman organisasi tanah air, Berjaya Dragons hari ini, Nenas turut tersenarai dalam barisan utama skuad Wild Rift.

https://www.instagram.com/p/CKnzLS7phdp/

“Terbang atas langit,” kata Nenas ketika berkongsikan berita mengenai penyertaannya bersama pasukan Wild Rift Berjaya Dragons.

BACA: BCorp sertai e-sukan, tubuh pasukan profesional LoL, Berjaya Dragons

Penyertaan Nenas itu juga disambut baik bekas rakan sepasukannya, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi).

“Tahniah!” kata Ashi secara ringkas di ruang komen Instagram WTM Today.

Nenas dan Berjaya Dragons merupakan antara tiga pasukan terkuat Malaysia ketika ini selain Geek Fam dan Lunatix, menurut ESL Malaysia.

Pasukan itu akan menyertai kejohanan LoL: Wild Rift 5on5 Siri Terbuka Januari peringkat Malaysia pada esok. Siri kejohanan itu menawarkan RM500 bagi pemenang.

Nenas sebelum ini pernah menjadi ketiga terbaik dunia dalam arena Mobile Legends pada 2019 bersama Todak.

Dia juga pernah beberapa kali menyertai Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG) bersama Mystic Burden (Musim Pertama), Geek Fam Mystic (Musim Kedua) dan Todak (Musim Keempat).

Sementara itu, Berjaya Dragons merupakan pasukan profesional e-sukan yang bernaung di bawah syarikat konglomerat Berjaya Corporation Berhad (BCorp). Ia ditubuhkan pada 17 Januari tahun lalu.

Menurut pengasas dan Pengerusi Eksekutif BCorp, Tan Sri Datuk Seri Vincent Tan, penubuhan Berjaya Dragons adalah untuk membina satu ekosistem yang sihat bagi mengembangkan lagi bakat-bakat pemain dan mempromosikan perkembangan pertumbuhan e-sukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved