Connect with us

Wild Rift

Punca Naga Berjaya adalah pan?

Published

on

Foto: ESL Malaysia / Riot Games

KUALI leper atau ‘pan‘ dilihat menjadi motivasi kepada pasukan Wild Rift Berjaya Dragons beraksi dengan baik dalam Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021 semalam.

Dalam satu temu bual selepas menewaskan SEM9 dengan rekod 3-1 , pengurus Berjaya Dragons, Edward Mah (Edwardo) dilihat bergurau memegang kuali leper sambil memerhatikan pemainnya, Liew Kuan Chuen (Sagi).

“Ini Edwardo. Dia ingin memberi pengajaran kerana saya kalah 1 pusingan.

“1 pusingan pun tak boleh kalah,” kata Sagi dalam temu bual itu bersama pengulas kejohanan.

 

Menerusi kemenangan itu, Berjaya Dragons akan mara ke peringkat final Upper Bracket menentang musuh tradisi, Geek Fam pada jam 1 petang nanti.

Selain Sagi, Berjaya Dragons juga terdiri daripada:

  • Chilly
  • Nenas
  • Karuto
  • Zsune
  • Taintedones
  • Winter

Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021 dikendalikan oleh ESL Malaysia dan mendapat penajaan daripada syarikat pengeluar makanan popular, MAGGI.

ESL bersama MAGGI ingin mewujudkan peluang yang lebih banyak bagi semua pemain Wild Rift di Malaysia untuk memulakan perjalanan mereka dalam arena e-sukan dan menjadi pemain terkemuka di rantau ini

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM60,000 secara keseluruhan.

Anda boleh tonton secara langsung di Facebook dan YouTube ESL Malaysia.

Dua personaliti e-sukan tanah air, BiuBiu dan Fattah Zie akan membuat kemunculan istimewa dalam Maggi Influencer Showmatch pada jam 3 petang nanti.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved