Wild Rift
Berjaya Dragons jadi juara Malaysia, manager auto botak

SUKAR sekali sang naga Berjaya Dragons dimanjakan oleh si nerd Geek Fam apabila pasukan itu cukup bertenaga pada peringkat final Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021 sehingga muncul sebagai juara!
Pada peringkat final, Berjaya Dragons berjaya menumpaskan Geek Fam 4-1 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.
Menerusi kemenangan itu juga, Berjaya Dragons akan menerima slot untuk bersaing di Kejohanan Siri Ikon SEA 2021: Piala Musim Panas (Summer Super Cup) 2021.
Barisan utama Berjaya Dragons terdiri daripada:
- Liew Kuan Chuen (Sagi)
- Yong JIa Le (Karuto)
- Chin Wei Song (TaintedOnes)
- Chun Chin Wee (Winter)
- Shahril Anuar Abdul Rashid (Nenas)
- zSune
- Jonathan Chan Mun Shum (Chilly)
Dalam perlawanan itu, Sagi muncul sebagai pemain terbaik (MVP). Dia juga berjaya mendapatkan Quadra Kill (menewaskan empat Champions musuh berturut-turut) pada pusingan akhir menentang Geek Fam.

Foto: YouTube / ESL Malaysia
Menurut Sagi, dia dan pasukannya memberikan satu jeritan kepuasan dilaungkan ketika berjaya mendapatkan Quadra Kill.
“Walaupun saya dipilih sebagai pemain terbaik, tapi saya menyifatkan kesemua rakan-rakan sepasukan saya adalah pemain terbaik. Mereka yang membantu saya dalam permainan.
“Drafting hero kami juga dilihat bertambah baik jika dibandingkan peringkat pra-musim yang lalu.
“Kami jerit dengan penuh kegembiraan apabila berjaya mendapatkan Quadra Kill sebab sebelum ini saya tertekan asyik kena reverse sweep (kebangkitan selepas ketinggalan) dengan Geek Fam, tak kira di peringkat pra-musim, peringkat kumpulan dan peringkat final upper bracket,” kata Sagi kepada pengulas kejohanan dalam satu temu bual selepas meraih kemenangan di final itu.
Sementara itu, dalam siaran langsung kejohanan terbesar Wild Rift di Malaysia itu juga menyaksikan rambut pengurus Berjaya Dragons, Edward Mah (Edwardo) dipotong.
Difahamkan rambut Edwardo akan dibotakkan berikutan kemenangan Berjaya Dragons dalam kejohanan itu.

Foto: YouTube / ESL Malaysia
https://www.facebook.com/ESLMsia/posts/4075448662544193?__cft__[0]=AZUsU8_1wAL5NKGLH49-pDlt3OD8fTWS-7qpy4hup2ZcMD0wD_UqgAhtz542Bi86cJgvLatT-GUd0-EYhEFHkJgW4CXrGfaeTCuAR2zzfG7cfZq6yo-nrKyuhLFtsaU8AuwhA5OI_vRe7K8TaMq_QzeJ21LrvpX3VJ1P1fAPYBw88g&__tn__=%2CO%2CP-R
https://www.facebook.com/ESLMsia/posts/4075448662544193?__cft__[0]=AZUsU8_1wAL5NKGLH49-pDlt3OD8fTWS-7qpy4hup2ZcMD0wD_UqgAhtz542Bi86cJgvLatT-GUd0-EYhEFHkJgW4CXrGfaeTCuAR2zzfG7cfZq6yo-nrKyuhLFtsaU8AuwhA5OI_vRe7K8TaMq_QzeJ21LrvpX3VJ1P1fAPYBw88g&__tn__=%2CO%2CP-R
Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021 dikendalikan oleh ESL Malaysia dan mendapat penajaan daripada syarikat pengeluar makanan popular, MAGGI.
ESL bersama MAGGI ingin mewujudkan peluang yang lebih banyak bagi semua pemain Wild Rift di Malaysia untuk memulakan perjalanan mereka dalam arena e-sukan dan menjadi pemain terkemuka di rantau ini
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM60,000 secara keseluruhan.

Foto: YouTube / ESL Malaysia
Berjaya Dragons dan Geek Fam akan kembali dalam gelanggang profesional Wild Rift pada peringkat Asia Tenggara dalam kejohanan Summer Super Cup pada 19-27 Jun nanti.